Yuna Pov
Sepatutnya sekarang ni aku dah pergi makan steamboat dengan jisung. Sebab dia nak belanja makan sempena hasil test addmath dia gempak disebabkan aku yang ajar dia rumus - rumus addmath sebulan yang lepas.
Tapi sekarang ni aku dekat warehouse gaming Nk Team. Dan juga aku terserempak dengan jeno dan jaehyun. Tapi masa terserempak tu dorang dah nak balik. Dan beberapa lelaki yang aku tak kenal.
Pada mulanya memang nak terus pergi makan steamboat. Tapi disebabkan jisung boleh tertinggal dompet dia dekat rumah tu terpaksa dia berpatah balik ke warehouse tersebut.
"Sorry tau yuna. Terpaksa kita patah balik." pinta jisung dengan nada serbasalah. Cukup tengok dia dah tergaru - garu kepala dia lepastu leher dia pun dah tahu yang dia betul - betul rasa serbasalah pada aku yang kene teman dia kesini.
Welp..
Its okay.
"Ha dah jumpa belum dompet kau?" sapa seseorang dari pintu dapur pada kami yang berada di ruang tamu rumah.
"Dah jumpa.. Kat bilik chenle." jawap jisung.
"Kau ni asyik tertinggal barang je.. Tertinggal otak tak nak pulak." sindir dia dengan nada gurauan. Jisung memincing mata dia kearah lelaki itu supaya stop membahan dia.
"Oh ya.." jisung toleh pada aku.
"Lelaki tu nama dia sungchan. Dia sebaya dengan aku dan chenle. Chenle awak tau kan siapa? Yang tengah basuh kereta kat luar tu chenle." terang jisung dan diangguk faham oleh aku.
"Hi.. Aku sungchan.. Sebaya dengan chenle je.. Nice to meet you." sapa dia disana. Aku menunduk.
"Saya im eunna.. Panggil yuna je." balasku balik.
"Ok jom gerak. Nanti sampai lambat pulak." setelah jisung berkata bergitu kami pun keluar dari warehouse. Keluar - keluar dah nampak chenle yang dah habis membasuh kereta.
Jisung Pov
"Dah jumpa dah dompet?" tegur dia yang nak masuk kedalam rumah.
"Dah.. Aku nak pergi dulu.." jawabku.
"Makan steamboat kan? Nak ikut..boleh? Aku lapar do dari pagi tak makan." pinta chenle pada yuna.
Aku dah gelabah. Tapi tak tunjuk sangat. Berharap yuna tolak permintaan chenle..
"Eh boleh.. Apa salahnya.. Boleh gerak naik kereta kau.. Cepat sikit sampai." dengan mesra yuna membalas.
Ah sudah!
"Ok bagi aku 5 minit nak tukar baju!" terus lesap budak tu. Yuna toleh muka dia menghadap aku.
"Kita pergi dengan chenle ye jisung.." tuturnya lembut. Aku dengan terpaksa mengiyakan.
YOU ARE READING
AFTER YOU [이해찬 ] 2nd Series
FanfictionWhen you hate each other.. Being the most loveable couple.. But it is not longer.. Cause something might be happened... DEAR..