Yeon Pov
Flashback
Kakiku laju je mengejar jeno yang ingin masuk ke dalam asrama bersama team basket dia. Agaknya dia mungkin baru habis latihan.
"Jeno!" Penggilku dengan laungan sebab dia dah betul - betul sampai dekat gerbang pintu asrama lelaki. Jeno yang sedang bergurau swnda dengan team dia dengan terkejut terus toleh kepada suara yang memanggil nama dia.
Begitu juga kawan - kawan dia.
Dia berkata sesuatu pada kawannya dan kemudian berjalan mandapatkan aku manakala team dia meneruskan perjalanan masuk kedalam asrama.
"Oh... Awak yeon.. Kenapa? Ada hal penting ke?" tanya dia. Aku toleh kiri kanan.
"Kita bercakap dekat tempat lain boleh? Sini ramai." ya.. Ramai student yang keluar masuk masuk asrama.
"Bolehh.. Kita pergi bercakap dekat bawah pokok sana." kemudian kami jalan beriringan ke pokok tersebut. Setelah sampai aku terus tak cakap banyak.
"Jeno saya suka awak. Sejak masa kita orientasi lagi. Sudikah awak terima saya?" lepas je aku cakap macam tu jeno terus tercegat. Dia diam sambil tatap aku dengan riak yang aku sendiri tak dapat nak tafsirkan.
Lama.
Sampai aku cakap lagi. Tapi dibidas jeno.
"Saya sangat sukakan aw-"
"Bagi saya tempoh untuk berfikir boleh yeon?"
"Sebab kita dah nak final lagi 3 hari. Apa kata awak bagi saya masa untuk berfikir dan awak fokus dulu untuk final ni."
"Saya janji.. Lepas sahaja kita jawap last paper. Saya akan jumpa awak dan bagi jawapan mengenai confession awak."
"Tapi saya minta awak untuk jangan ganggu saya untuk 2 minggu ni. Sebab saya nak fokus final sambil fikirkan jawapan untuk awak. Begitu juga awak. Fokus pada final."
"Saya tak mahu beri jawapan sekarang sebab takut kita tak dapat fokus final nanti-"
"Awak nak tolak saya lah kan? Jawapan dia. Sebab ayat awak macam nak tolak saya." jeno menggeleng.
"Bukan macam tu yeon. Saya belum fikir lagi. Dah, saya nak masuk asrama. Awak pergi masuk asrama. Saya tengok awak masuk dari sini. Cepat." arah dia.
"Bye.." tuturku sebelum meninggalkan dia tanpa toleh kearah dia. Aku terus masuk kedalam asrama.
End Flashback.
Lepas je jawap final exam aku terus tinggalkan dewan perperiksaan cepat - cepat. Aku tak nak jumpa dengan jeno. Aku takut kalau - kalau jawapan dia tu adalah menolak aku.
YOU ARE READING
AFTER YOU [이해찬 ] 2nd Series
FanfictionWhen you hate each other.. Being the most loveable couple.. But it is not longer.. Cause something might be happened... DEAR..