1 Bulan Kemudian.
Yuna Pov
"Kau lambat lagi ke feyy?" aku yang sedang berbual dengan dia melalui line.
"A bit late.. Kau tempah bilik dulu. Nanti bagi tahu aku nombor bilik. Jadi kan nak sebilik dengan daeun mina?"
Aku menoleh pada mina. Mina yang seakan - akan mengerti mengangguk perlahan lalu mempercepatkan langkahnya.
Oh btw lupa nak bagitahu.. Kami sekarang berada di sem baru iaitu sem 2. Jadi kami kene datang check in bilik.
Aku meletakkan beg bagasi milik aku sambil membaca pesanan dari mama.
"Malam nanti kita keluar dengan uncle Park ok? Dia mahu kita makan bersama. Nanti mama bagitahu penyelia asrama."
Mama..
Dah jumpa kawan barunya.
Kebelakangan ini mama agak rapat dengan uncle park. Mereka kata mereka bertemu di hospital tempat mama bekerja. Mama merawat anak dia. So, disitula perkenalan mereka.
Tapi still,
Aku tak pernah jumpa anak uncle park tu.
"Hoii main telefon je!! Sinila beratur check in bilik." jeritan daeun membuatkan staff lekas menoleh kearah dia diikuti mina yang cuba nak tutup mulut daeun.
Aku menapak kearah mereka sambil menggeleng perlahan.
"Kau ni memalukan aku lah." decit aku. Mina menampar bahu daeun kemudian daeun mengaduh kecil.
"Kau ni! Malu aku tau! Jangan jadi bedmate dengan aku!" gurau mina acah nak marah - marah.
"Dah sem 2 tapi tak berubah - ubah.." ujarku. Memerhatikan dua ketul manusia yang asyik bergaduh pastu berbaik. Hubungan tsundere betul.
Mata aku liarkan memandang sekeliling. Bila nampak sang pujaan hati terus tersipu malu.
"Oi.. Senyum apa tu perempuan?" teguran dari daeun memeranjatkan aku. Mata aku naik keatas.
"ish kau ni. Malu yuna.. Tengok tu renjun dah pandang kita." bisik mina. Aku pulak buat - buat main telefon. Renjun yang baru balik dari jilin makin hensem aku tengok.. Segar bugar bau cina.. Eh?
Tiba - tiba seseorang mendekati kami.
Bau dia je aku dah tahu siapa.
Renjun Huang..
"Hi korang.. Apa khabar?" Teguran dengan senyuman yang matikan..
Dup dap.. Dup dap..
Berdebar aku dibuatkan. Agak lama aku tenung dia sambil terkaku. Renjun menjongket kening dia.
"Ada apa - apa ke dekat muka saya?" pertanyaan renjun membuatkan aku macam orang bodoh di tempat barisan beratur.
"Tak.. Tak.. Rambut awak.. Warna dark brown.. Awak tukar warna ke?" senyuman yang mematikan dipamerkan lagi.
YOU ARE READING
AFTER YOU [이해찬 ] 2nd Series
FanficWhen you hate each other.. Being the most loveable couple.. But it is not longer.. Cause something might be happened... DEAR..