15

68.7K 3.8K 354
                                        

"Habistu? Rian nak buat apa? Terima? Nia macam mana?" Bertubi-tubi soalan ditujukan oleh Amelia. Adrian nak kahwin dengan Kiara dah satu benda nak kena fikir banyak kali, Adrian mahu tinggalkan Nia? Ha sudah, memang tak tidur lah abang dia jawabnya.

Adrian meraup wajahnya. Buntu. Kenapa harus dia? Kenapa uncle Adam beriya mahu dia yang menjadi menantu cucunya.

"I don't know lah Em. Abang pun tak tahu nak buat apa."

"Okay Mel tahu. Macam ni, siapa lagi cantik? Nia ke Kiara tu?"

Adrian hanya memandang sahaja adik perempuannya itu. Soalan tidak membantu langsung. "Apa? Jawab lah. Susah sangat ke?"

Puan Khatijah menarik kerusi untuk duduk, "Abang Mel tu mana boleh jawab. Mesti lah dia jawab Nia yang cantik." Balas Puan Khatijah.

"Oh, ye lah, dia kan sayang sangat dengan Nia tu." Amelia membuat muka.

Adrian mengeluh. Ah pening kepala! Keluarganya banyak terhutang budi sama keluarga Adam Kamil dan tidak pernah satu pun Tuan Adam meminta apa-apa dari mereka sebagai balasan. Rasa bersalah makin menebal jika dia tidak turuti permintaan uncle Adam itu.

"Umi selalu doakan yang terbaik buat Rian. Mana tahu, Kiara itu sebenarnya jodoh Rian?" Uminya, Puan Khatijah mengusap lembut bahu Adrian.

Adrian toleh, "Adrian tak pernah sayangkan orang lain selain Nia dan Adrian tak rasa yang Rian boleh sayang orang lain macam mana Rian sayangkan Nia."

"Cuba. Umi tak nak paksa tapi kalau itu yang sudah tertulis, kita tak boleh lari Rian."






"That's all?"

"Yup. If you need anything, just tell me. I akan bantu mana yang boleh." Balas Daniel sambil tersenyum lebar. Aik, haritu bukan main sombong. Ini pandai pula senyum. Senyum pula je kerja dia ni tak habis-habis.

"Okay, you boleh sambung balik kerja you. Thanks."

"Okay, bye." Perlahan-lahan Daniel menutup pintu bilik Kiara. Hilang sahaja Daniel dari pandangan mata, terus Kiara memulakan kerjanya sebagai COO syarikat itu. Tugas yang patut digalas oleh arwah daddynya.

Sedang leka membuat kerja, ketukan di pintu bilik menyentakkan Kiara.

"Yes, come in."

Pintu bilik dibuka. Kiara memandang ke arah figura lelaki yang amat dia kenal. Farrel Aqasha.

"Yes?"

"Nak masuk boleh tak bos besar?"

"Masuk lah."

Farrel melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan Kiara. Ditatapnya wajah Kiara yang mulus dan cantik itu.

Kiara yang perasan Farrel hanya memerhatikan dia itu kini bersuara. "Kenapa? Ada benda ke?" Soal Kiara yang masih lagi menghadap komputer ribanya itu.

"Aku tahu apa jadi semalam." Kata-kata yang keluar dari mulut Farrel menyebabkan jejari Kiara yang sedang menaip itu berhenti.

"Aku tahu permintaan tok abah tu tak masuk akal, tapi kalau itu yang dia nak, apa kata kau buat je."

Kiara memandangnya tidak percaya, "Kau gila ke Rel? Aku tak nak gaduh dengan Nia. Kau tahu macam mana adik kau tu sayang sangat dekat Adrian. Dia dengan Rian dah dua tahun kot. Tak akan lah sebab permintaan tok abah yang gila tu, diaorang nak kena berpisah."

"Aku rasa, ada sebab kenapa tok abah buat macam tu. Pasal Nia, aku tahu, lama-lama dia akan okay."

"Sebab apa Rel? Apa sebab yang buatkan aku pula yang kena kahwin dengan mamat sombong tu? Dah lah sombong, bisu pula tu. Kau pun tahu, dari dulu kita kawan dengan dia, aku dengan dia tak pernah nak ngam. Ni nak kena jadi bini dia? Menangis air mata darah lah aku tiap hari."

"Haih tah lah, aku pun tak faham." Farrel mengelengkan kepalanya. Kenapa tok abah mereka buat semua ni? Sebab apa?

Farrel menyambung, "Oh ni lagi satu, kau dengan Nia macam-mana? Dia okay?"

"Aku dengan dia okay je semalam cuma harini aku tak jumpa dia lagi. Aku tak tahu lah aku yang patut minta maaf ke atau apa. Aku pun confuse."

"Dah kenapa kau nak kena sorry dengan dia?"

"Ye lah, aku tak nak lah dia fikir yang aku nak rampas Rian. Ataupun, aku tak nak lah dia fikir yang aku suka Rian. Ataupun...Ah entah! Bukan plan aku pun tapi aku yang rasa bersalah. Ish, pening kepala aku tahu tak."

"Hahahahaha kau ni Kie. Tak payah rasa bersalah lah, kau pun mangsa sekarang ni."

"Tahu tak apa. Dah lah mamat bisu tu tak ada function langsung semalam! Eee geram je aku!"

"Aku rasa dia terhutang budi dengan tok abah, sebab tu dia diam je. Dia tak melawan kan semalam time Tok Abah cakap pasal benda tu?"

Kiara mengangguk.

"Ha betul lah tu yang mamat bisu kau tu rasa terhutang budi dengan family kita. Sebab tu dia tak melawan, ye lah Rian tu kan-" Farrel diam. Lagi banyak dia cakap tentang Adrian, lagi banyak yang Kiara akan tahu nanti.

"Rian tu apa? Sambung lah."

Farrel menggeleng perlahan. "Oh tak ada. Rian tu...Rian tu kan suka Nia, ha takkanlah dia nak kahwin dengan sepupu kesayangan aku ni pula."

Adrian Kiara: Her Guardian Angel Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang