Seharian Kiara menemani tok abah di hospital. Selepas Farrel memberitahu keadaan tok abah mereka yang makin tenat, Kiara tidak berani mahu keluar dari wad walaupun mahu turun ke bawah untuk makan.
Patutnya hari ini Marina yang menjaga Adam di hospital tapi Kiara berdegil mahu menjaganya, jadi Marina pulang sahaja ke rumah selepas makan malam tadi.
Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam dan Kiara masih lagi belum tidur, risau akan keadaan tok abahnya.
"Kenapa tak tidur lagi Kie?" Kiara yang sedang duduk di hujung sofa itu berpaling memandang tok abah yang berada di atas katil itu.
"Eh tok, kenapa tok abah tak tidur lagi? Tok abah tak boleh tidur ke?" Kiara pantas bangun dan berjalan ke arah Adam. "Ke Tok Abah nak apa-apa?"
Kiara duduk di atas kerusi yang terletak bersebelahan katil Adam. "Kie, Kie sayang tok abah tak?"
"Mestilah sayang, tok abah je yang Kie ada." Kiara mengusap lembut tangannya.
"Kalau macam tu, Kie kahwin dengan Adrian ya?" Pinta Adam lembut.
"Dah lah, kita tidur ya? Tak boleh tidur lambat-lambat. Nanti doktor marah pula." Kiara menukar topik.
"Kie...Tok abah tak akan sepenuhnya bersama kamu, tok abah nak kamu dijaga dengan baik walaupun tok abah dah mati nanti-"
"Dengan mengahwini Adrian? Kahwin dengan kekasih sepupu Kie sendiri? Macam tu ke tok abah?" Kiara memotong cakapnya.
"Kiara tak faham. Banyak benda yang Kiara tak tahu. Sebab tu-"
"Kalau macam tu, tok abah bagitahu Kie apa yang Kie tak tahu, apa yang Kiara tak faham." Balas Kiara yang masih lagi berdegil.
"Nombor tiga, fail biru tua." Balas Tok Abah.
Kiara mengerut dahi. "Huh? Tok abah cakap apa ni?"
"Dah, tok abah nak tidur, goodnight." Adam terus menarik selimut manakala Kiara masih lagi terpinga-pinga tidak faham apa yang dikatakan oleh tok abahnya.
Nombor tiga? Fail biru tua? Fail apa? Fikirnya seorang diri.
Mata dicelikkan perlahan-lahan. Kiara bangun dan ingin bersiap sedia untuk menunaikan solat Subuh. Dia membuka lampu dan mengikat rambutnya kemudian.
Dia berjalan ke arah Adam yang masih lagi nyenyak tidur. "Tok, jom kita solat Subuh." Kiara mengerakkan tubuh Adam perlahan-lahan.
"Tok, bangun. Subuh." Kata Kiara lagi.
"Tok? Jom lah bangun, tak baik tau lambat-lambatkan solat, tok Abah juga yang ajar." Kiara menggerakkan bahu Adam perlahan.
"Tok?" Kiara mula berasa hairan apabila tiada respon darinya.
Hatinya mula gelisah, "Tok Abah? Bangun jom." Kiara cuba merasakan pernafasan Adam menggunakan jari telunjuknya di hidung Adam.
"No! No please! Tok Abah! Jangan tinggalkan Kie!" Kiara memeluk tubuh Tok Abah.
"Tok Abah bangun!"
Kiara menatap kubur di hadapannya dan air matanya dari tadi tidak henti mengalir sejak Subuh.
"Kiara, jom kita balik." Dahlia yang setia duduk disebelahnya mula mengajaknya untuk pulang apabila semua ahli keluarga sudah pulang kecuali mereka berdua.
"Tak nak, mommy balik lah, Kie nak duduk sini sekejap." Katanya perlahan.
"Sayang, kita balik ya? Dah lama sangat duduk sini." Dahlia memujuknya lagi.
Kiara mengeleng. "Kiara balik seorang je. Mommy balik lah, kesian mommy." Balas Kiara lagi.
Dahlia mengeluh. "Okay, nanti kita jumpa ya? Jangan lama-lama tau." Dahlia menciumnya di tepi kepala sewaktu hendak bangun dan berjalan ke arah kereta.
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romantik[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
