"Eh Kie," Farrel mendapatkan Kiara, "Kenapa ni? Hm?" Dia memeluk tubuh Kiara.
"A-Adrian..."
"Kenapa dengan dia? Kau cakap dengan aku."
Farrel masuk ke dalam rumah. Kiara dibawa ke sofa untuk duduk bersama.
Air mata Kiara dilap, "Bagitahu aku, apa yang Adrian buat."
Kiara geleng. Dia tidak mahu burukkan Adrian. Seburuk mana pun Adrian, lelaki itu tetap suaminya. Seburuk mana pun Adrian, lelaki itu pernah berbuat baik dengannya.
"Kie, kau cakap dengan aku. Apa yang jadi?" Pujuk Farrel lagi.
Kiara geleng, air matanya mengalir tidak sudah. Kiara betul betul mengeluarkan segala yang terasa di dada malam itu.
"Kie, kan aku pernah cakap yang aku akan selalu ada dengan kau. Hilang lah banyak mana pun orang dalam hidup kau, aku ada. Kau tahu kan benda tu?"
Kiara mengangkat muka memandang Farrel, "Adrian selalu marah aku..."
Satu persatu Kiara ceritakan kepada Farrel. Dari mula mula mereka berkahwin sehingga lah sekarang.
"What? After everything that he had done to you, baru sekarang kau nak cerita?" Farrel memandangnya tidak percaya.
Kiara diam dan menunduk.
"Kie," Dagu Kiara itu Farrel angkat, "Kenapa kau tak penah bagitahu aku? Kenapa kau tak pernah luah dekat sesiapa? Kenapa kau simpan sorang sorang?"
"Sebab Adrian baik."
Farrel memandangnya tidak percaya, "Lepas apa yang dia buat dekat kau, kau boleh cakap dia baik?"
"Ya aku tahu dia layan aku teruk. Aku tahu dia sebagai suami tak patut layan aku macam tu tapi deep down inside, aku tahu dia baik."
Kiara menyambung, "Kalau dia layan aku teruk sekali pun, dia selalu je ada dengan aku."
"Adrian banyak berkorban untuk aku Rel. Dia korbankan masa dia untuk bersama aku sebab wasiat tok abah. Dia korbankan hati dan perasaan dia untuk aku. Dia korbankan Nia untuk aku. Dia korbankan macam macam untuk aku."
"Walaupun dia macam tu, dia tak pernah abaikan aku. Dia jaga aku time aku sakit. Dia masak untuk aku selama kitaorang kahwin. Dia make sure aku selamat. Dia pujuk aku bila aku sedih. Dia teman aku bila aku takut."
"I can't be selfish and cakap dia suami yang jahat just because he sometimes mistreat me, kan?"
"But Kiara-"
Kiara memotong, "Setiap kali dia sakitkan hati aku, percayalah, the next day or nanti dia akan layan aku baik baik. And he keeps repeating it."
"Walaupun aku tak tahu kenapa dia buat macam tu, itu pun dah cukup buat aku Rel."
"Yes, you can call me stupid sebab aku menangkan dia even though dia treat aku macam ni, but aku rasa kesian juga dekat dia."
"Kesian sebab dia perlu korbankan his whole life just to be with me. Hanya disebabkan wasiat, hanya disebabkan kena jaga aku."
Kiara senyum, "Jadi, sekadar korbankan hati dan air mata aku, apa lah sangat. Kan?" Air matanya tumpah.
"Kie..." Farrel memeluknya erat. Sakit hatinya melihat sepupu yang sudah sebagai adiknya itu dilayan sebegini rupa.
Adrian... Nama itu disebut tidak puas hati dalam hati Farrel.
Adrian masuk ke dalam rumah.
Satu rumah sudah siap dikemas. Lauk pauk langsung tak disentuh.
"Mesti Kiara terasa." Dia mengeluh kecil.
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romance[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
