"Any final thoughts before we close the meeting? Then, I'd like to thank everyone for sharing their time today and any feedback would be valuable." Tutur Kiara lalu mengakhiri mensyuarat pada pagi itu.
Setiausaha Ira bangun bagi mengiringi Kiara keluar dari bilik mensyuarat.
"Kie!" Farrel berlari anak mendapatkan Kiara.
Kiara yang memang kenal dengan suara itu hanya sekadar meneruskan berjalan tanpa memandang kebelakang.
"Kiara, kejap lah!" Terus lengan Kiara dicapai oleh Farrel.
Secara automatik, Kiara menolak kasar tangan Farrel.
Dia berhenti dan setiausaha Ira juga turut berhenti. Wajah dipalingkan memandang Farrel, "Nak apa?" Soalnya dingin.
Farrel menayangkan senyum kekok dan dahinya mula berkerut. Apahal dengan budak yang selalu ceria ni?
Kiara berjalan semula apabila Farrel diam.
"Eh Kie Kie," Farrel pantas memegang lengan Kiara.
Kiara menepis tangan Farrel, "Jangan sentuh."
Bertambah pelik Farrel dibuatnya. Kenapa dengan Kiara ni?
"Kie kau okay ke?"
"Aku ada banyak kerja. Kalau tak ada apa apa, aku pergi dulu." Dengan pantas dia meninggalkan Farrel seorangan disitu.
Farrel menggaru kepala yang tidak gatal, "Dah apahal dengan dia? Gaduh dengan Rian ke?" Fikirnya sendirian.
Rafael mendapatkan tempat duduk dihadapan Adrian. "Dah kenapa call aku? Kau nak pergi mana pula lepasni? Holiday? Kerja?"
Adrian geleng, "Bukan."
"Habistu?"
Wajah Rafael dia tatap dalam dalam, "Kau kena tolong aku."
"Apa? Tolong apa pula ni?" Rafael mengerut dahi.
"Kiara."
"Apahal dengan dia? Dia dah minta cerai sebab kau tumbuk dia ke?" Rafael ketawa kecil.
Adrian memandangnya geram.
Rafael berhenti ketawa, "Ha okay okay, aduh tak relax lah kau." Rafael membetulkan posisi duduknya, "Kenapa dengan dia?"
"Tolong aku pujuk perempuan. Aku tak reti."
Lagi sakan Rafael mengelakkannya.
Dree pujuk memujuk? Tak pernah dalam rekod lagi ni. Comfirm new record lagi sekali.
"Kau ingat lawak ke? Cepat lah! Aku tak main main."
"Dah asal pula aku nak kena ajar kau? Kau pujuk lah sendiri. Tu bini kau bukan bini aku."
"Tapi dia baby kau kan?"
"Lahhhh! Sekarang kau baru nak bagi dia jadi baby aku?" Rafael jeling.
"Aku sumpah Raf, kalau kau tak tolong aku, aku kurung kau dalam bilik bawah Cyrex." Kata Adrian geram lalu mencerlung Rafael tajam.
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romansa[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
