46

65.9K 3.6K 2.9K
                                        

play the song later

Adrian dengan pantas masuk ke dalam rumah agam Adam Kamil, "Rian dekat sini!" Jerit Marina saat melihat kelibat cucu menantunya sudah sampai.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Soal Adrian apabila melihat Nia jatuh pengsan di dapur sewaktu hendak mengambil segelas air.

"Tak tahu. Rian cepat lah, angkat Nia bawak pergi hospital. Maktok risau."

Adrian angguk. Dengan perlahan lahan badan Nia yang kecil itu Adrian angkat dan membawanya masuk ke dalam kereta.





Kiara menutup pintu biliknya. Dia baru sahaja mahu pulang ke rumah. Segala kerja di Cyrez sudah siap.

Sewaktu dalam perjalanan ke parking lot, Kiara terserempak dengan Farrel. Sudah kenapa gaya Farrel kelam kabut je ni?

"Rel? Asal ni?"

"N-Nia." Balas Farrel gagap.

"Ha Nia? Kenapa kenapa? Dia okay ke???" Soal Kiara risau.

"Nia sakit, dia dekat hospital."

"Habistu kau nak balik lah ni? Nak pergi hospital?" Tanya Kiara lagi.

Farrel angguk.

"Aku ikut kau."





Kiara dan Farrel bergegas masuk ke dalam bilik Nia.

Terkejut Kiara saat melihat Adrian berada dalam bilik itu.

"Rian." Farrel pergi ke arah Adrian yang duduk disebelah katil Nia.

"Sorry weh lambat, traffic jam." Ujar Farrel sambil melihat keadaan adik perempuannya yang terbaring lemah di atas katil.

Kiara pula hanya duduk di sofa bilik itu. Dia masih terkejut. Macam mana Adrian ada dekat sini dulu?

"Maktok mana?" Soal Farrel sambil melihat sekeliling.

"Dia dah balik, aku yang suruh."

Farrel mengangguk manakala Kiara hanya sekadar mendengar perbualan mereka berdua dari jauh.

"Kenapa dengan Nia? Doctor cakap apa?"

"Stress and dia tak jaga pemakanan."

Farrel mengeleng kecil lalu menghela nafas berat, "Haish budak ni." Tangan Nia itu Farrel usap, "Thanks Rian sebab tolong bawa Nia pergi hospital." Kemudian Farrel memandang Adrian semula.

Dahi Kiara berkerut, Maksudnya...Rian yang bawak Nia datang sini? Bukan dia kerja ke?

"Tak ada apa lah, hal kecik."

Setelah lebih kurang 30 minit kemudian, Luqman dan Dahlia pula yang sampai.

Tepat jam menandakan enam petang dan ketiga tiga Farrel, Luqman dan Dahlia pulang dulu ke rumah.

Kini, hanya tinggal Adrian dan Kiara sahaja yang menemani Nia.

Kiara mencelikkan matanya banyak kali. Mulut yang asyik menguap tidak berhenti itu dia tutup menggunakan belakang tapak tangan. Dia sudah penat.

Jam di tangan dikerling, 10.50 malam.

Kiara bangun dan pergi ke arah Adrian yang sedang bermain telefon itu dan ya, Adrian masih duduk di atas kerusi yang bersebelahan dengan Nia, "Rian, jom kita balik. Dah dekat pukul 11 dah."

Telefon dimatikan, "Kau balik je lah, aku nak teman Nia."

Nia pula masih lagi belum sedarkan diri dari petang tadi.

Terdiam dan tersentak Kiara dibuatnya. Temankan Nia?

"Ala Rian, jom lah balik. Nurse kan ada." Pujuk Kiara lemah lembut. Lengan Adrian dipegang.

Adrian Kiara: Her Guardian Angel Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang