"Termenung jauh. Fikir apa tu baby?" Dahlia mengambil tempat duduk disebelah.
"Eh mommy." Kiara yang berada di luar gazebo itu toleh memandang ibu saudaranya.
Disebabkan arwah Aariz selalu gunakan panggilan manja 'baby' buat Kiara, ahli keluarga yang lain pun gunakan panggilan itu buat Kiara juga.
"Tak ada apa," Lengan Dahlia dipegang lalu kepala dilentokkan di bahu Dahlia, "Kie tengah fikir pasal..."
"Rian?" Tebak Dahlia.
Macam mana Dahlia tahu? Tadi mereka semua makan malam bersama. Lepastu Adrian ada kata yang dia perlu pergi seminggu ke France untuk kerja.
Perlahan lahan Kiara angguk.
"Kenapa fikir pasal dia? Kan dia nak pergi kerja."
"Kerja Adrian bahaya mi. You know that."
Bahu Kiara ditepuk lembut, "He used to it baby. He will be fine, trust me."
Kiara angkat muka memandang Dahlia, "Mommy boleh tolong Kie?"
"Tolong apa?"
"Kata dekat Rian jangan pergi. Pujuk dia supaya dia tak pergi sana, please?"
Dahlia mengangkat sedikit bibirnya, "Aik, risaukan encik suami ke?"
Wajah Kiara terus berubah apabila Dahlia mengusiknya begitu, "Ish mi! Kie cakap betul betul ni!"
Dahlia menayangkan wajah selamba, "What? Correct what? You risaukan dia kan?"
Kiara juling mata ke atas. Tak risau. Tak suka je. Beza okay!
"Kenapa Kiara je tak cakap dengan Adrian?" Soal Dahlia.
"Why? You nak kumpul rekod, lawan berapa lama you tak bercakap dengan dia, macam tu?" Dahlia menjawab soalannya sendiri.
Kiara mencebik, "Ish mommy ni! Takpelah kalau tak nak tolong Kie. Kie mintak tolong orang lain je."
Dahlia ketawa kecil lalu mengeleng kepala.
"Kie, tahu tak kalau sehari je tak bercakap sesama sendiri pun dah berdosa?"
Kiara diam.
"Kiara langsung tak sayang lagi dekat Adrian?"
Kiara diam lagi.
"Sikit pun tak ada?"
Dahlia senyum, "Layan lah Rian tu elok elok, Nanti kalau dia takde, baru tahu rindu."
Kiara membuat muka, "Eh mommy ni. Kie cakap pasal benda lain, mommy cakap pasal benda lain. Dah lah, Kie nak masuk."
Baru beberapa langkah, Dahlia bersuara, "Ingat Kie! Layan elok elok! Nanti menyesal!"
"Ye lah ye lah!" Balas Kiara dengan nada malas mahu layan.
Dia melepasi meja makan.
Dan di meja makan ada Nia.
Nia hanya memandangnya sepintas lalu sebelum menyambung melihat skrin telefonnya semula.
Kiara juga buat tidak tahu, dia sambung jalan seperti biasa. Kemudian dia berhenti.
Dia tidak sukakan ini semua.
Dia berpatah balik ke arah meja makan. Kerusi disebelah Nia ditarik, "Nia."
Nia menoleh memandangnya. Dah kenapa dengan Kiara ni?
Dia sambung bermain telefon.
"Sorry Nia."
Jari jemari Nia berhenti bergerak.
Bagi Kiara, biarlah dia mengalah walaupun dia tahu dia tidak salah, walaupun dia tahu bukan dia yang patut minta maaf.
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romance[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
