Adrian dan Kiara tidak terus pulang ke rumah setelah selamat tiba di Kuala Lumpur. Mereka terus ke H Hotel, hotel milik arwah ayah Adrian.
Lepas sahaja nikah, Adrian dan Kiara belum buat lagi majlis bersanding kerana majlis bersanding telah ditetapkan pada hari esok.
Mereka ke tingkat atas sekali, mahu berehat.
Adrian melabuhkan punggung di atas katil manakala Kiara pula terus masuk ke dalam bilik air, mahu membersihkan diri terlebih dahulu.
Hayyaz
Adrian terus mengangkat panggilan saat melihat nama orang kanannya tertera di skrin telefon, "Yes?"
"Aku dengan yang lain gerak pergi mansion lepas sampai tadi. Kau nak kitaorang datang pukul berapa esok?"
Adrian mengerling jam Rolex miliknya di tangan kiri, sudah malam. Kesian pula dekat kawan-kawannya, mesti mereka juga penat. "Tak apalah Yaz, korang rehat je dekat mansion. Esok datang time nak majlis je, pasal hotel ni aku nak kau call budak budak tolong jagakan. Aku tak nak esok ada orang buat kacau. Suruh dorang jaga start dari malam ni. Apa yang aku tahu, tepat pukul 12 semua dah kena jaga dekat luar."
"Roger Dree." Setelah itu Hayyaz mematikan panggilan telefon.
"Diorang dah balik bos." Lelaki berusia 20an masuk ke dalam bilik pejabatnya.
Jari jemari bosnya digerakkan di atas meja mengikut rentak muzik yang dimainkan, senyuman jahat diukirkan. "Dree..." Panggilnya perlahan.
"Anak emas white shark..."
"Ketua mafia paling muda dekat KL..."
"Semua orang kenal kau..."
"Panggil je Dree, semua lari tak cukup tanah..."
"Tak kisah lah dekat Italy ke, Amerika ke, semua takut dengan kau..."
"Tapi..."
"Lepas je aku bunuh kau,"
"Aku akan make sure,"
"Semua title kau,"
"Dan segala business kau,"
"Akan jatuh dekat tangan aku."
"Adrian Muqriz." Tangan digempal kepada buku lima saat barisan nama itu disebut.
"R-Rian." Tutur Nia gagap saat bertembung dengan Adrian sewaktu ingin turun ke lobi hotel itu.
"Buat apa?"
"Nak turun lobi kejap sebab I ada suruh Pak Ali ambilkan kasut I yang tertinggal dekat rumah."
Adrian mengangguk. "Nia, I nak cakap yang-"
"It's okay Rian. I dah terima semuanya. Mommy banyak sedarkan I. And plus, syarat terakhir wasiat tok abah bukakkan mata I. Kiara perlukan you."
Adrian senyum segaris lalu angguk perlahan, "Thanks Nia."
Adrian kembali berjalan ke arah bilik Farrel, loceng bilik ditekan.
Pintu dibuka, "Rian? Kau buat apa dekat sini? Bukan kau dah kena pergi bersiap ke?"
"Aku nak bincang sikit dengan kau."
Farrel memberikan ruang buat Adrian masuk.
"Nak cakap pasal apa?" Soal Farrel saat melihat Adrian sudah mula duduk di atas sofa biliknya.
"Macam ni..." Adrian menarik nafas panjang sebelum bermula, "Aku ada cari fail group kita semua dekat Max. Setahu aku, fail group white shark aku yang simpan."
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romance[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
