74

68.2K 3.3K 360
                                        


"Okay serious question, mana Dree? Dah lambat ni." Keith mengerling jam tangan.

"Tengah siap. Nanti dia-"

Tak sempat Zander mahu balas, bunyi tapak kaki Adrian dari jauh memberhentikan percakapannya.

"Jom." Adrian mendahului yang lain dan bergerak keluar dari rumah agam White Shark di France.

Kesemua orang kanannya mengikut Adrian dari belakang.

Tiba tiba, Adrian berhenti berjalan.

"Kenapa Dree?" Soal Zander dibelakang.

Adrian berpaling, wajah Farrel dipandang, "Kau dah call yang lain? Suruh round, dah?"

"Huh? Round ap-"

"Kiara." Laju dia memotong.

Farrel geleng, "Belum Dree. Aku call sekarang."

Adrian angguk dan sambung berjalan. "Raf."

"Yes Dree." Rafael dibelakang menyahut.

"Call captain Jean. Habis kes dengan Lazo, aku nak terus balik."

"Copy that."





Terus Kiara berpaling muka di tepi apabila wajahnya tiba tiba disimbah dengan air sejuk.

Dia membuka mata perlahan lahan. Dia dimana ni?

"Morning sunshine." Anatasia yang lengkap berjaket merah kulit dengan seluar jeans hitam beserta boots berjalan ke arah Kiara yang sedang duduk dan terikat di atas kerusi.

Anatasia datang bersama tiga orang lelaki dibelakang. Entah, tidak tahu siapa. Ini bukan lelaki semalam.

"Lama kau tidur. Penat sangat ke?" Anatasia berdiri dihadapannya.

"A-Apa kau nak ni Anatasia?" Badan digerakkan gerakkan, ikatannya terlalu ketat sehingga tidak meninggalkan apa apa ruang untuk dia mengerakkan tangannya sendiri.

Anatasia senyum, "Pandai jawab. Ada aura tiger."

Rambut Kiara dibelai, "Kenal siapa tiger?"

Kiara diam, wajah Anatasia dipandang tajam.

"Tiger tu..." Anatasia berjalan dibelakang, "Daddy kesayangan kau. Anak kepada shark, tok abah kau."

"Tapi tu lah...Kesian, duit banyak pun tak dapat tolong. Last last, dua dua dah masuk kubur."

"Kau tahu tak, banyak kali tau daddy aku cuba slow talk dengan daddy and tok abah kau. But no! Diorang tak nak dengar."

"Always think that they're the best." Anatasia berdecit, "Menyampah aku."

"Kau tahu, diorang makin menjadi jadi bila Dree join the group."

"Oh ops!" Anatasia menutup mulutnya, dia membengkokkan badannya untuk menghadap Kiara, "Kau tahu tak siapa Dree?"

Melihat Kiara yang masih diam membuatkan Anatasia tersenyum sinis, "Oh no. Aku dah terlepas cakap eh?" Dia ketawa kecil.

Wajah Kiara ditampar perlahan, "Dree is your husband. Adrian Muqriz."

Kiara mengalihkan wajahnya supaya tidak dipegang oleh Anatasia, "Then what? Apa kena mengena dengan aku?"

Anatasia ketawa mendengar soalan itu diajukan, "Apa kena mengena dengan kau?"

"Obviously ada kena mengena dengan kau Kiara. Kau ialah kunci kepada semua benda. Kunci untuk bawa Dree kesini. Kunci untuk Dree serahkan semuanya yang dia ada. Kunci untuk tumbangkan Dree."

"You wanna know why?"

Anatasia senyum, "Because you're his treasure."





"Dree, Lazo is in the suite room."

Adrian Kiara: Her Guardian Angel Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang