"Hi sayang, Rian datang ni."
"Ish tak baik tau tak balas, hmm."
Adrian senyum, air mata yang ingin jatuh itu dia sekat secepat mungkin. "Baby Kie, Rian nak confess sikit ni."
"Erm...Sebenarnya kan...Rian bukak phone baby Kie tadi."
"Tapi tapi," Tangan diangkatkan seakan akan bersumpah, "Rian tak buat apa pun. Rian just nak tengok gambar Kie je. Tu je."
Adrian ketawa kecil, "Tak sangka, banyak juga eh kau ambil gambar aku senyap senyap."
Adrian senyum tipis, "Nanti, kita ambil gambar banyak banyak okay? Tak perlulah kau ambil gambar aku senyap senyap lagi."
"Oh ye lepastu, kau tahu tak tadi Zander marah aku." Adrian berdengus geram, "Dia marah aku sebab aku tak makan ubat."
"Aku dah penat cakap yang aku okay."
Adrian senyum lagi dalam kesakitan, "A-Aku okay. Aku cuma rindu kau je." Dan air matanya jatuh.
Nafas ditarik dalam dalam, "Tapi...Aku bersyukur yang kawan kawan aku semua ada dengan aku. Dorang kuatkan aku."
"J-Jadi..." Adrian mengetap bibir menahan sedu, "Kau bangunlah cepat. Ya sayang ya?"
Dia duduk disitu beberapa jam lagi sebelum mengambil keputusan untuk pulang. Jam tangan dikerling, "Hmm."
"Sayang, aku dah kena pergi. Nak beli baju melayu untuk majlis. Harraz suruh beli baju melayu baru, dia tak bagi aku pakai lama punya."
"Nanti kau teman aku pergi tau?" Adrian senyum.
"Aku balik dulu tau sayang. Bye baby." Terus Adrian bangun bergerak keluar dari situ.
Semua orang melihat Adrian saat dia berjalan keluar. Lelaki yang paling kerap datang selama tiga minggu sejak keadaan haritu berlaku. Rasanya kalau lelaki ni tak ada kerja, pasti dia dah duduk berkhemah disini. Ada saja masa terluang, pasti dia akan datang.
Adrian memakirkan keretanya dan masuk ke dalam butik pengantin.
Kesemua rakannya sudah sampai, hanya menunggu dia sahaja.
"Lambat lah kau ni. Kau pergi mana?"
"Kiara." Balasnya ringkas dan dia mengambil tempat duduk disebelah Hayyaz.
Hayyaz disebelah memandang Adrian, "Rambut Dree." Dia betulkan rambut Adrian yang kusut sedikit tetapi masih lagi kelihatan segak seperti selalu.
Harraz menghampiri Adrian, "Nah, baju untuk nikah kau."
Adrian berpaling melihat Harraz dihadapannya, pandangannya tajam.
Ketawa kecil Harraz dibuatnya, "Okay okay sorry."
Adrian menyambut baju melayu itu, "Lagi? Ada apa apa lagi ke? Kalau tak aku nak balik."
"Kiara?" Tebak Rafael dihujung.
Adrian angguk.
"Boleh balik tapi lepas kau try baju tu. Takut tak fit dengan badan kau time majlis akad nikah nanti." Arah Zander.
Adrian menjulingkan matanya ke atas ke arah Zander. Zander sejak akhir akhir ni dah macam mak mak.
"Okay." Balasnya ringkas dan dia bangun untuk ke bilik persalinan.
Baru beberapa langkah kehadapan, baju yang dipegangnya itu jatuh saat kepalanya berdenyut kuat. Terus sahaja Adrian memegang pelipis dahinya.
"Eh Dree." Terus tergopoh gapah yang lain bangun ke arah Adrian.
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romance[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
