64

77.5K 3.9K 339
                                        


play the song later

Sunyi bilik itu, hanya pendingin hawa yang jadi melodi halwa telinga.

Adrian memandang Kiara yang sedang berbaring lemah di atas katil hospital. Dia tidak sedarkan diri dari tadi. Wajah polos Kiara ditatap oleh Adrian.

Adrian memegang tangan Kiara yang kecil itu. Perlahan lahan dia usap.

Tangan Kiara dia angkat dan letakkan di pipinya. Sesekali dia cium tangan Kiara yang lembut bak kapas itu.

"Jangan tinggalkan aku Kie." Tuturnya setelah sekian lama dia hanya diam.

Jatuh air matanya melihat Kiara sakit kerananya.

Doktor bilang bahawa tekanan darahnya rendah, dia tidak cukup rehat, kurang air di dalam badan dan sakitnya sudah datang semula. Tapi Adrian masih tidak faham, sakit apa yang datang semula?

Kemudian tangannya yang lagi sebelah mengusap rambut Kiara perlahan lahan.

Terhenti pergerakkan Adrian saat daun pintu bilik VIP itu dikuak dari luar.

"Papa." Ujar Adrian perlahan saat lelaki yang sudah berusia itu masuk ke dalam bilik Kiara. Perlahan lahan Adrian letakkan semula tangan Kiara di bawah.

"Kenapa dengan Kie Adrian? Macam mana boleh jadi sampai macam ni?"

"Doktor kata Kiara sakit balik papa."

"What? Sakit?" Farrel terus mendekati katil Kiara, "Macam mana dia boleh sakit?" Soal Farrel risau lalu bahu Kiara itu dia gosok perlahan.

"Ya Allah anak mommy," Dahlia terus pergi mendapatkan Kiara. Rambut Kiara diusap, "Kesian baby." Terus laju Dahlia mengucup dahinya.

Nia? Nia hanya bereaksi biasa. Ego. Walaupun jauh disudut hatinya, dia kesian dengan Kiara. Wajah Kiara yang sungguh pucat dan tidak bermaya itu buatkan hatinya juga turut terasa sakit melihat sepupunya begitu.

Nia mengambil tempat duduk di tepi sofa. Marina? Marina tidak datang. Dia lebih suka Kiara sakit.

"Mana doktor? Dah bagi ubat dekat Kiara?" Soal Luqman sambil memandang Adrian.

Adrian hanya diam.

"Tak apa, Rel nak pergi panggil doktor. Nak suruh cucuk ubat." Terus laju langkahnya dibawa ke pintu bilik itu.

"Tak boleh."

Semua mata tertumpu ke arah Adrian.

Farrel memandangnya pelik, "Kenapa tak boleh?"

Adrian menutup kedua matanya rapat, "Kiara dah tahu."

Membulat mata semua yang berada disitu. Nia yang dengar kata kata Adrian terus bangun dari sofa.

"Kiara dah tahu?" Soal Luqman tidak percaya.

Adrian angguk perlahan bagi mengiyakan.

"Macam mana Kie boleh tahu?" Farrel medekati Adrian, "Kau tahu yang Kiara tu tak boleh tahu tentang semua ni! Sebab tu lah dia sakit!" Marah Farrel.

Luqman disebelah memandang Farrel tajam, "Rel, sekarang bukan masanya nak tuduh tuduh, nak salahkan Adrian. Dah benda nak jadi, kita nak buat macam mana?"

Farrel memandang papanya, "Papa tahu kalau Kie sakit dia cari siapakan nanti? Kie ni dah banyak sangat dia lalui, Rel tak sanggup nak tengok Kie sakit lagi pa. Kesian dekat dia."

"Adrian minta maaf. Adrian gagal. Adrian-"

"Bukan salah Adrian." Potong Dahlia yang dari tadi setia disebelah Kiara sambil mengusap lembut tangan Kiara. "Kita semua tunggu Kie bangun okay?"

Adrian Kiara: Her Guardian Angel Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang