77

81.1K 4K 1.2K
                                        





Katil Kiara ditolak ke bilik kecemasan bersama sama Adrian dan Keith.

"Sediakan barang barang." Sempat Keith berpesan kepada jururawat yang bertugas.

Setibanya di bilik kecemasan itu, Keith berhenti menolak dan hanya membiarkan jururawat membawa Kiara masuk ke dalam bilik itu dan dia sempat menghalang tubuh Adrian, "Dree kau tak boleh masuk."

Adrian yang sudah kelihatan tidak tentu arah itu memandang rakan baiknya. Bahu Keith dipegang, "Keith tolong aku Keith. Tolong aku, tolong selamatkan Kie Keith. T-Tolong."

Keith angguk, "Aku akan buat sehabis baik. Aku masuk dulu." Bahu Adrian ditepuk dua kali sebelum anak mata Keith bertukar arah memandang kawan mereka yang lain yang berada dibelakang.

Isyarat mata diberikan kepada Zander untuk menenangkan Adrian. Setelah itu, dia masuk untuk melakukan tugasnya.

Baju Adrian dan tangannya habis kotor dengan darah. Pergi sahaja Keith, Adrian jatuh terduduk di lantai. Rambut ditarik dan dia menunduk.

Zander menghampirinya, "Dree."

"Aku gagal lagi Zander." Ucapnya perlahan tetapi semua dapat mendengar dengan jelas.

Zander mencangkung, "Bangun Dree, jangan macam ni."

Adrian geleng, "Aku tak boleh terima kalau Kie tak ada Zander. T-Tak boleh."

"Aku tahu tapi-"

"T-Tolong lah Zander." Bahu Zander dipegang, "To-Tolong lah aku. Kie tak boleh tinggalkan aku."

Zander terus memeluknya. Tiada apa yang dia boleh katakan lagi sekarang. Semua yang berlaku terlalu pantas.

Terus sedihnya dihamburkan di bahu Zander, "Aku takut Zander. Aku tak nak hilang dia macam aku hilang ayah. D-Dah dua kali Zander. D-Depan aku."

Zander pula yang menahan dari menangis. Dia sedih dan sebak. Sedih kerana setiap perjalanan hidup Adrian, setiap perit, duka dan gembira Adrian dia ada bersama. Dia lihat semua yang Adrian lalui.

Zander hanya diam dan menggosok perlahan badan Adrian.







"Alright uh, I need an ET tube." Arah Keith.

Seorang jururawat perempuan mengangguk. Terus tergopah gapah dia mencari di laci.

"Purple drawer. Purple drawer." Kata Keith apabila dia lihat jururawat itu tidak jumpa dengan barang yang dicarinya.

"I-I knew that." Katanya gagap dan terus mengambil tisu lalu diberikan kepada Keith.

"No chest sounds on the right," Ketua jururawat bersuara sambil stetoskop dilingkarkan di leher, "I have to throw in a chest tube."

Jururawat yang lagi seorang dengan segera pergi mengambil chest tube seperti mana yang disuruh tadi.

"I think I saw Betadine somewhere." Seorang jururawat lelaki bersuara.

"I'm trying to set up this saline drip, and I can't get this thing from stop beeping. Anyone?" Seorang jururawat bersuara sambil melihat kebelakang meminta tolong.

"I can give it a shot." Seorang jururawat lelaki datang ke arahnya untuk membantu.

"Chest tubes, NG tubes. Did anyone bring suction?" Keith memandang ketua jururawat.

"There's a portable suction in the rig Doc!" Seorang jururawat perempuan menjawab.

"Okay, I'll go and get it." Seorang jururawat perempuan menjawab bagi membantu Keith mendapatkannya.

"Thank you." Balas Keith tanpa melihat kearah pembantu itu. Matanya masih ralit dengan Kiara.

"No exit wound, we're gonna have to flip her." Arah Keith kepada mereka semua.

Adrian Kiara: Her Guardian Angel Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang