Sewaktu majlis tahlil, Kiara hanya termenung sahaja. Farrel mendekati Kiara yang sedang duduk di ruang tamu, "Kie, kau nak makan?"
Kiara mengeleng kecil.
Farrel mengambil tempat duduk disebelahnya, "Kau okay ke duduk sini? Kau nak duduk dengan kitaorang tak dekat rumah papa."
Kiara mengeleng.
"Kenapa? Jom lah duduk dengan kitaorang, aku takut kau tak selesa dengan maktok."
"Aku tak nak susahkan papa dengan mommy, kesian dorang." Balas Kiara perlahan.
Farrel menghembus nafas berat, "Kie, kau ada aku tau. Ada Nia, ada papa and mommy juga. Aku sayang kau, aku tak nak tengok kau macam ni."
Kiara melentokkan kepalanya di bahu Farrel, "Thanks Rel, aku sayang kau juga."
Farrel tersenyum tipis, "Aku nak ambil air, kau nak apa-apa aku ambilkan?"
"Air." Itu sahaja yang dibalas oleh Kiara.
"Okay, aku ambilkan, kau duduk sini okay?" Selepas itu, Farrel meninggalkan Kiara di ruangan tamu.
Tidak lama selepas itu, seorang perempuan datang dan mengambil tempat duduk dihadapan Kiara.
Kiara beralih pandangan melihat perempuan tersebut.
Dia menatap wajah perempuan itu lama, bukankah ini perempuan yang sama yang pernah menegurnya saat dia bersama dengan Nia tempoh hari?
"I'm sorry for your lost." Kata perempuan itu.
Kiara hanya diam, tidak senyum dan tidak membalas.
"Oh ya, sorry, I lupa. My name is Anatasia." Wanita itu menghulurkan tangannya untuk berjabat.
Kiara terperasan sesuatu di pergelangan tangan perempuan itu, tattoo.
Tattoo bulan sabit.
Kenapa tattoo ni macam pernah nampak? Soalnya sendirian.
Kiara membalas senyuman itu, "Kiara." Mereka berjabat tangan.
"Kita pernah jumpa before this, you ingat tak I?" Kata Anastasia lagi.
Kiara mengeleng, "Sorry, I tak berapa ingat." Bohong Kiara.
"Ohh. Actually, family I rapat dengan family you. Nama ayah I-"
Suara lelaki di belakang Kiara memberhentikan percakapan Anatasia. "Kiara." Lelaki itu memanggil.
Anatasia menjeling melihat lelaki dihadapannya, macam lah dia tidak tahu, sengaja je dia buat begitu kerana tak mahu Anatasia rapat bersama Kiara.
Kiara menoleh ke belakang. "Ye Rian?"
"Ikut aku, ada orang nak jumpa." Balas Adrian tanpa nada.
"Kejap eh, I nak berbual dengan-"
"Ikut je lah." Terus Adrian menarik tangannya membuatkan Kiara terbangun dari tempat duduk.
Semasa dalam perjalanan keluar, Adrian dan Kiara berselisih dengan Farrel.
Adrian memberikan isyarat mata kepada Farrel dan Farrel mengangguk perlahan lalu Adrian mengambil gelas yang diambil oleh Farrel buat Kiara.
Farrel pergi ke arah yang ditunjukkan oleh Adrian tadi, mahu settlekan si Anatasia.
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romance[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
