"D-Daddy..."
"D-Daddy jangan..."
"N-No p-please d-daddy..."
BANG!
Bunyi tembakan yang berada dalam mimpinya itu terus membuatkan Kiara terbangun dan secara automatik bersandar di birai katil, "Daddy!!!!"
Adrian yang sedang tidur disebelah terus terkejut. Dia mencelikkan matanya melihat Kiara, "Kiara? Kenapa ni?" Adrian turut bangkit dari terus terbaring apabila Kiara tiba tiba menggigil dan menangis.
Kiara menoleh melihat Adrian, habis basah wajahnya dengan air mata, "D-Daddy Rian...D-Daddy..."
"Shhh," Kepala Kiara dilentokkan pada dada miliknya, "Kenapa ni, hm?" Rambut Kiara dibelai.
"I mimpi d-daddy. D-daddy kena...Daddy kena tembak."
Tersentak Adrian dibuatnya.
Terus dia menjauhkan dirinya dari Kiara supaya dapat melihat wajah isterinya, "T-Tembak?" Tanya Adrian, meminta kepastian.
Kiara angguk, "I...I takut Rian...Sejak daddy takde, I selalu mimpi macam tu."
"Mimpi apa?" Tangan Adrian menyekat air mata yang jatuh dari kelopak mata milik Kiara.
"Mimpi bunuh bunuh, mimpi ada orang tembak tembak. Kie...Kie tak suka, Kie takut."
Adrian memandang wajah Kiara dalam dalam. Kalau mimpi sahaja sudah buatkan Kiara menangis ketakutan sehingga begini, bagaimanakah nanti keadaan Kiara apabila dia mengetahui yang dirinya juga sama seperti mana yang Kiara fikirkan? Orang jahat yang bertemankan senjata api dan membunuh tanpa belas kasihan.
Aku yang patut jaga kau tetapi aku juga yang patut jauhkan diri dari kau. Kata Adrian dalam hati.
"Meh sini," Adrian mendapakan tangannya mahu Kiara memeluknya.
Terus laju Kiara menyambut dan memeluk tubuh tegap Adrian, "K-Kie takut Rian."
Adrian mengusap lembut belakang Kiara, "Aku ada. Tak ada apa akan jadi, tak payah takut."
"I...I rindu daddy..."
"Kita sambung tidur balik, hm?" Tangannya perlahan lahan menyelitkan rambut Kiara dibelakang telinga.
Kiara angguk. Adrian perlahan lahan meletakkan kepala Kiara di atas bantal semula. Selimut ditarik dan menutupi sehingga paras bahu Kiara.
Rambut Kiara diusap, "Tidur. Aku ada."
Baru sahaja Adrian mahu kembali baring, tangan Adrian dipegang, "B-Boleh tak Kie nak tidur sambil peluk Rian?"
Adrian diam seketika.
Kiara menyambung apabila Adrian tidak membalas, "Tapi kalau tak boleh Kie faham, Kie tak nak ganggu Rian tidur."
Adrian senyum tipis, "Dah jom, tidur." Adrian baring dan tangannya memeluk erat pinggang Kiara. Tangannya yang lagi satu membetulkan rambut Kiara agar kelihatan kemas.
Kiara juga turut memeluk Adrian, pelukkan di pinggang diperkemaskan lalu wajahnya disembabkan ke dada Adrian.
"Kiara." Panggil Adrian yang sedang berada di meja makan. Sedang menaip apa benda pun tak tahu, kerja lah kot.
"Ye Rian!" Dengan wajah gembira Kiara dari ruangan televisyen itu datang ke arahnya. "Kenapa panggil Kie?"
Jejari yang sedang sibuk menaip itu berhenti, "Esok aku balik lambat, ada meeting dengan client."
Kerusi yang disebelah Adrian itu ditarik, "Rian nak balik pukul berapa?"
"Aku tak sure, tapi aku balik malam. Jangan tunggu aku, faham?"
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romance[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
