49

66.6K 3.4K 1.6K
                                        

"Yay!!! Kita nak pergi holiday lah baby!" Kiara memeluk Adrian.

Adrian ternganga mulut. Kiara panggil siapa baby?

Adrian melepaskan pelukan, "B-Baby?"

Kiara angguk. "Hmm, baby."

"Kau mengandung???"

Kiara tersenyum senget.

"Seriouslah kau mengandung?" Membulat mata Adrian Muqriz.

"K-Kau...Macam mana kau boleh mengandung hah?" Terkejut Adrian Muqriz apabila melihat reaksi selamba Kiara Alanna itu.

Setahu dia, dia tidak pernah lagi menyentuh isterinya itu walaupun mereka sudah berkahwin dua bulan.

Nak kata dia mabuk haritu sewaktu menukar pakaian Kiara sehingga dia sentuh Kiara, tak ada lah pula.

Kiara ketawa besar melihat reaksi Adrian.

"Kenapa kau gelak? Kau tahu tak benda ni serious?" Bertambah risau Adrian dibuatnya.

"Aku tanya kau ni Kiara."

"Kenapa? Takut?" Kiara mengangkat kening lalu berjalan sedikit demi sedikit ke arah Adrian.

Kini Adrian pula yang diam.

"Kenapa Rian diam? Takut?" Kiara tersenyum sinis.

"A-Apa kau nak buat ni?"

Nak test iman Rian.

Sengaja tangan kecil Kiara itu bermain main di dada sasa Adrian.

Adrian yang memang dari tadi terkejut dengan khabar berita Kiara mengandung itu lebih terkejut apabila tangan Kiara itu bermain di dadanya.

Adrian terjatuh di atas katil.

Kiara mula naik di atas badan Adrian, "Eh abang Rian jatuh ke?" Suaranya dibiarkan seperti budak enam tahun.

"Alolololo," Wajah Adrian yang sudah merona merah itu Kiara usap, "Abang Rian takut ke?"

"Kiara, kau jangan nak tukar topik. Aku tanya, macam mana kau boleh mengandung?"

"Siapa kata Kie mengandung, hm?"

"Habistu tadi? Apa yang baby?"

"Kie panggil diri Kie baby. Kie bahasakan diri Kie baby. So, Kie cakap dengan diri sendiri lah tadi tu."

Adrian diam.

"Sebab daddy selalu panggil Kie baby." Sambung Kiara lagi.

"Kenapa? Abang Rian nak baby ke?" Kening diangkatkan.

Terus membulat Adrian. Sejak bila Kiara berani ni?

"K-Kau nak baby?" Tanya Adrian yang sedang ditindih oleh Kiara itu.

"Tak nak. Saja je tanya." Langsung, Kiara bangkit dan terus duduk disebelah.

Adrian hanya menjeling. Oh, Kiara hanya mahu kenakan dia. Langsung dia berdehem pendek.

Adrian hanya diam, memandang Kiara disebelah sebelum beberapa saat selepas itu, dia kembali bersuara.

"Ti toccherò quando potrai accettarmi completamente quando saprai chi sono veramente. Perché in questo momento non sono ancora qualificato."
translate : aku akan sentuh kau bila kau dah boleh terima aku sepenuhnya bila kau tahu siapa diri aku yang sebenar. kerana sekarang ni, aku masih belum layak.

"Apa you cakap?" Satu habuk pun dia tidak mengerti apa yang Adrian cakap.

"Kita pack barang. Sini, tolong aku."

Adrian Kiara: Her Guardian Angel Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang