"Sakit lah!!!"
Pang!
Panas dan pedih mukanya apabila dia ditampar keras.
"Aku dah kata diam kau tak nak dengar kan? Rasakan." Seorang lelaki menampar kuat wajah Kiara. Lelaki tersebut menarik tangan Kiara dan membawanya ke dalam sebuah bilik.
"Hello Kiara." Tauke berkata sambil senyum ke arahnya.
Kiara ditarik masuk. Kemudian, kedua tangannya diikat di atas tiang. Mahu sahaja Kiara menangis ketika itu.
"Ehh, jangan lah nangis. Kenapa ni, hm?" Tauke datang ke arahnya, "Takut ya?"
Kiara hanya sekadar diam dan tunduk.
Rambut Kiara ditarik kebelakang oleh Tauke supaya dapat melihat wajahnya, "Jangan nak kurang ajar sangat! Bila aku cakap, angkat muka tengok aku!"
Kiara menutup kedua matanya. Takut.
Kemudian genggaman rambut dilepaskan. "Kau tahu kenapa kau ada dekat sini Kiara?"
Persoalan Tauke tidak dibalas, "K-Kenapa uncle buat semua ni? Uncle nak apa?" Soalnya dengan gugup.
Terus Tauke senyum ke arahnya, "Hm, good question actually."
"Nak apa?" Rambut Kiara yang sudah kusut dibetulkan, "Aku nak Cyrex. Aku nak Lex. Aku nak empayar White Shark. Aku nak semua yang Dree ada."
"And...aku perlukan kau untuk nak ambil semua tu." Wajah bersih Kiara ditepuk manja, "Kau boleh tolong aku kan?"
Tauke senyum, "It's very simple Kiara." Salah seorang anak buah Tauke menghulurkannya sepucuk pistol.
"It's either Dree," Tauke mengambil pistol itu, "Or you." Pistol diacukan kepadanya.
Picu ditarik. Kiara dengan cepat menutup mata dan air matanya yang ditahan itu mengalir.
Semua diam.
"Bang bang!"
Terkejut Kiara dan badannya terangkat sedikit apabila Tauke menjerit bang dengan kuat.
Tauke ketawa besar melihat reaksi Kiara yang takut itu.
"Oh baby girl, jangan takut hm?" Rambut Kiara dibelai.
Perlahan lahan Kiara membuka mata semula. Tauke senyum suka melihat Kiara begitu. "I will make it easier for you. Kalau kau nak selamat, then the other one needs to sacrifice."
Kiara geleng kepala, dia faham dengan apa yang dikatakan oleh Tauke.
Tauke pula yang mengangguk, "Yes Kiara. Betul. Apa yang kau fikir tu betul. Kalau kau nak hidup, Dree kena ganti tempat kau."
"N-No." Kata Kiara perlahan sambil kepala digelengkan sedikit, hampir tak terkeluar suaranya akibat takut.
"No?" Tauke mengangkat kening, "Are you sure?" Tauke sengih jahat, "Kiara, I promise you this game is getting fun."
"Nak tahu kenapa?"
"Because, uncle takkan kotorkan tangan uncle untuk bunuh dia." Bibirnya dibawa rapat ke telinga Kiara.
"It's you." Bisiknya perlahan.
"I want you to kill him in order for you to protect yourself from being killed. How about that?" Tauke senyum jahat. "Deal?"
Nia masuk ke dalam rumah tok abahnya, "Kiara! Kiara!"
Mak Piah yang dari dapur mendengar jeritan nyaring Nia itu terus kehadapan, "Eh Nia, kenapa jerit jerit ni?"
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romantik[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
