Dahlia meletakkan telefonnya di atas meja selepas habis berbual dengan Kiara.
"Siapa?" Soal Nia sambil mengambil tempat duduk di sebelah mommynya.
"Kie call."
"Kenapa dia call mommy?"
"Saja. Dia tanya cara nak masak bubur." Lalu tangan Dahlia mencapai remote televisyen.
"Kenapa nak masak bubur?"
"Rian sakit."
"Hah? Sakit? Sakit apa?" Terus lengan mommynya itu digoyangkan.
"Ish apa ni Nia, mommy nak tengok Goblin la!" Puan Dahlia menarik tangannya, kacau je lah anak dara seorang ni.
"Ish mi, jawab lah, Adrian sakit apa?"
"Demam."
Dengan pantas Nia bangun dari sofa. Nombor maktok didail, "Hello maktok Rian sakit. Nia nak kena buat apa?"
"Itulah aku cakap, tak payah sibuk sangat nak buat macam macam, ini tengok apa jadi, kan dah sakit!" Bebel Zander lalu merebahkan punggung di atas sofa.
"Aku okay je lah, lagipun Keith kan dah bagi ubat." Balas Adrian dan sambil sambil itu dahinya diurut.
"Biasalah Zander. Kalau tak gelabah tak sah." Keith yang duduk dihujung ketawa kecil.
Zander menjeling, "Nanti kalau aku dah tak kisah, baru kau tahu."
Keith melihat sekeliling rumah Adrian, "Kie mana?"
"Yang kau sibuk tanya pasal dia kenapa?" Soal Zander lalu mengangkat kening.
Keith memandang Zander, "Lah, tanya pun salah ke?"
"Ada. Tengah masak. Entah apa yang lama sangat pun aku tak tahu."
Keith mengangguk dan kemudian dia bangun, "Aku haus. Nak air."
"Ye ye lah tu kau haus, kau nak tengok Kiara kan?"
"Apa benda kau ni? Dah ah, bye." Terus Keith berjalan pergi ke arah dapur meninggalkan Adrian dan Zander.
"Hi you." Tegur Keith dibelakang.
Kiara menoleh, "Eh hi," Senduk diletakkan, "You nak apa apa ke?"
Keith angguk, "Air."
"Oh sorry! Kie lupa pula." Terus Kiara mengambil teko untuk membancuh air.
Keith ketawa kecil, "Takpe."
"You tahu kan yang nanti birthday Rian?"
Kiara menoleh, "Bila?"
"Lagi tiga hari."
Kiara menutup api dan membuka apron. Dia baru sahaja selesai memasak.
Langkah diaturkan ke bilik tidur Adrian untuk memanggil Adrian turun makan kerana tadi Zander dan Keith sudah pulang kira kira 15 minit yang lalu.
Ding Dong
Mati langkahnya saat loceng rumah itu berbunyi. Kiara membuka pintu rumah.
"N-Nia." Terkejut Kiara saat melihat Nia dihadapan pintu. "Kau buat apa dekat sini?"
"Mana Adrian?" Balasnya tanpa nada.
"Kau kenapa nak jumpa dia?"
"Dah apahal? Tak boleh pula ke? Dah ketepi, Aku nak masuk."
Kiara menghalangnya untuk masuk, "Adrian tak nak jumpa sesiapa. Kau jumpa dia lain kali je."
Nia berdecit, "Seriously Kie?" Dia tersenyum sinis, "Mana janji janji kau yang dulu?"
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romance[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
