54

67.8K 3.5K 2.5K
                                        

"Baby! Abang dah sampai ni!" Jerit Rafael sebaik dia dan Harraz sampai di rumah agam Adrian.

Hayyaz datang ke arah mereka berdua, "Kie dekat dalam. Barang barang dah bawak?"

Harraz yang sedang menjinjing beg plastik itu mengangkat sedikit plastik yang dipegang.

Hayyaz angguk, "Cun! Jom decorate!"

Kiara menghubungi Keith untuk menolongnya deko rumah hari ini sempena ulang tahun kelahiran Adrian yang ke 27 tahun.

Keith pula mengajak kawan kawannya yang lain untuk bantu Kiara kerana dia tidak boleh datang awal, ada kerja di hospital.

"Baby!!!" Rafael datang ke arah Kiara yang sedang sibuk meniup belon.

"Hi Raf! Dah sampai ke? Meh lah sini!" Kiara melambaikan tangannya.

Zayyan juga sedang meniup belon, menemani Kiara.

Zander? Dia duduk dan tengok je. Memang tak lah mahu tolong. Dia datang pun saja saja je.

"Nak kitaorang tolong apa?" Soal Harraz sebaik saja beg plastik diletakkan di atas meja.

"Eh takpe takpe, Kie just nak korang belikan barang barang dekat kedai je. Yang lain ni biarlah Kie buat."

"You tak kerja ke baby?" Tanya Rafael.

"Tak," Kiara geleng, "Kie ambik cuti untuk Rian."

"Baiknya dia." Kata Zayyan disebelah, "Mesti abang Rian you suka."

"Eh kejap." Kiara memandang Zayyan, "Awak tak kerja ke? Bukan ke awak kerja dengan Adrian?"

"Saya kata hamster saya mati jadi saya cakap saya perlu kebumikan dia."

Tergelak Kiara dibuatnya, "Sorry awak. Sebab saya awak kena cuti."

"Ala takpe, dia pergi kerja pun makan gaji buta je." Sampuk Zander yang sedang duduk menonton televisyen.

"Halah diam lah kau!" Zayyan menjelingnya.

"Okay, next kau nak buat apa?" Soal Harraz lalu tangan dimasukkan dalam poket hoodie.

"Kie dah siap tiup belon. Jadi lepasni nak ikat belon kat dinding, lepastu nak hias meja, nak masak kek, lepastu ikat tulisan yang happy birthday juga."

"Okay," Harraz mengangguk, "Belon yang dah siap tiup tu kau bagi aku, biar aku yang ikat. Tulisan birthday tu pula kau bagi kat Hayyaz, biar dia yang ikat."

Kiara terus geleng, "Eh takpe, Kie boleh buat."

"Kalau you jatuh tergolek macam mana? Dah takpe, kitaorang ada, biar kitaorang yang buat." Halang Hayyaz.

"Ala takpelah. Ini kan birthday Rian, biar lah Kie yang buat. Kie nak buat sorang sorang."

"Tapi baby, dibuatnya you jatuh, tak ke cari bala je nanti?" Celah Rafael pula.

"Alaaa, Kie nak buat. Bagi lah Kie buat, please?"

"Suka hati kau lah." Balas Harraz. Dah Kiara nak sangat buat semua, yang lain ikut je lah.

"Kalau macam tu biar saya ambil tangga untuk awak." Zayyan terus pergi mengambil tangga untuk Kiara.

Harraz duduk disebelah Zander, "Keith mana?"

"Tah. Main doktor doktor." Balas Zander selamba.






"Kie? Zander?" Keith masuk ke dalam rumah Adrian.

"Keith dah sampai ni!" Jerit Keith lalu goreng pisang cheese yang dibeli diletakkan di atas meja makan.

Keith kemudian berjalan ke arah kolam renang. "Kiara?" Katanya sendirian saat melihat seperti ada bayang bayang perempuan di atas tangga.

Adrian Kiara: Her Guardian Angel Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang