62

76.4K 5.5K 1.3K
                                        


"Kau seriuslah Zander? Kau nak tipu pun agak agak lah." Tutur Hayyaz saat mendengar Zander memberitahu mereka bahawa Kiara mahu membunuhnya.

Zayyan mengangguk, "Tah. Kie tu pegang pisau pun tah tah tak reti. Kau ni kalau nak cari gaduh pun, tak payah lah tuduh dia sampai nak bunuh kau." Bidas Zayyan, mengiyakan kata kata Hayyaz.

"Aku tak tipu lah gila! Dia tengah potong epal tadi. Aku tanya dia, dia nak tak main sekali, tiba tiba dia acukan pisau dekat leher aku. Aku cakap baik baik je dengan dia." Jawab Zander.

Harraz pula yang mencelah, "Dia bergurau kot. Kie tu perangai macam budak budak, dah apahal-"

"Aku rasa apa yang Zander cakap betul."

Semua mata tertumpu ke arah Keith apabila Keith memotong kata kata Harraz.

"Asal kau cakap macam tu?" Soal Rafael.

"Sebab tadi dia tiba tiba nak tumbuk aku. Kan tadi aku panggil dia turun bawah kan?"

Yang lain angguk.

Keith menyambung, "Lepastu aku ajak lah dia makan. Mula mula dia okay lah lepastu out of nowhere, dia nak tumbuk muka aku. Lepastu aku halang lah, lepastu dia nak tumbuk perut aku pula."

"Jap jap," Rafael menyampuk, "Asal kau tak cerita pun tadi?"

"Aku tak cerita sebab aku malas nak panjang panjangkan cerita. Plus, aku ingat dia bergurau even though aku tahu dia tak. Muka dia scary, serious and macam pendam something."

"Kan! Tadi time aku kat dapur pun dia tenung je muka aku macam nak makan." Sokong Zander.

Adrian bangun dari terus duduk bersila. Kalau betul apa yang Zander dan Keith cakapkan itu, itu sudah melampau.

Langkah dibawa ke dapur. Betul, ada epal di tepi sinki.

Langkahnya kemudian diaturkan ke tingkat atas. Kawannya yang lain hanya mengikut sahaja Adrian dari belakang dan Zander setia disebelah.

"Kiara." Adrian mengetuk pintu biliknya.

"Kiara, buka pintu ni."

Pintu daun dikuak oleh Adrian, "Kiara, kau buat apa dekat-"

"Asalamualaikum warahmatuallah, Asalamualaikum warahmatuallah." Kiara memberi salam kepada malaikat kanan dan kiri setelah habis solat.

Membulat mata Zander. WHAT?!

Kiara yang masih di kain sejadah itu menolehkan sedikit wajahnya memandang ke arah pintu.

Dia senyum. Senyum yang banyak makna, "Ye Adrian? Kenapa?"

Kesemua kawan Adrian dan Adrian terdiam di depan pintu.

"Kenapa semua ada sekali? Nak apa datang bilik I?" Soal Kiara lagi apabila yang lain hanya berdiam diri.

Adrian berdehem, "Kau ada turun bawah ke tadi?"

"Ada."

"Kau buat apa?"

"Nak potong epal."

Terus Zander berbisik di telinga Adrian, "Kan aku dah cakap."

Adrian kembali menyoal, "Lepastu kau buat apa?"

"Lepastu I naik atas kejap sebab dah masuk time Asar, so I tinggalkan kejap epal dekat dapur. Kenapa?"

Harraz dibelakang berdengus, dia berbisik, "Apa benda ni Zander? Tadi kau cakap-"

"Aku tak tipu lah. Dia memang-"

"Yang semua dekat sini kenapa?" Soal Kiara pula, membuatkan yang lain fokus semula kepadanya.

Adrian Kiara: Her Guardian Angel Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang