Keith ditarik kasar saat dia baru sahaja mahu menumbuk lelaki yang tidak memakai topi itu.
Baru sahaja lelaki yang memakai topi itu mahu menumbuk wajahnya, Keith terus membutang mata, mata coklat hazel milik lelaki tidak memakai topi itu seakan-akan dia kenal, "Zander???!" Dia menarik pelitup muka lelaki itu.
Terus terhenti pergerakkan Zander. Keith dengan pantas menolak dada Zander dari terus menindih dirinya. Dia bangun, "Bodoh gila korang. Aku ingat siapa yang masuk rumah tadi."
Baru sahaja Keith mahu menarik pelitup muka lelaki yang tidak memakai topi, Harraz terus membuka, "Tak payah bukak untuk aku. Aku ada tangan."
"Kau Harraz???" Membulat mata Keith. Dia geleng, "Korang buat apa ni?"
Zander bangun, "Saja. Nak buat surprise." Surprise sangat. Padahal nak cover yang dorang dah kantoi.
"Sorry, aku tak tahu yang korang yang pecah masuk. Sakit ke aku tumbuk?" Keith memandang ke arah mereka berdua.
"Tak payah nak tunjuk baik lah." Zander menjeling. "Dah Raz, jom balik." Zander terus keluar dari bilik itu.
Harraz pula tanpa cakap banyak dia mengikut Zander dari belakang.
"Eh korang kejap," Keith mengejar mereka dari belakang. Zander dan Harraz berpaling, "Apa lagi?" Zander menyoal dengan nada menyampah.
Eh eh Zander ni. Dia yang pecah masuk dia yang bengang. Kira okaylah Keith tak marah.
"Jom turun, aku ubatkan sikit mana yang lebam lebam tu." Kemudian Keith mendahului mereka untuk turun.
Dia dengan cepat mengambil kotak yang berisi ubat dan kapas.
Tiba sahaja Zander dan Harraz di bawah, Keith mengajak mereka untuk duduk. "Tunggu dekat situ." Keith memuncungkan bibir ke arah sofa bewarna beige.
"Tak payah, kan aku cakap aku nak balik."
Keith memandang Zander geram, "Kau nak dengar cakap aku atau aku report polis ada orang pecah masuk rumah aku?"
"Ah mengada ah kau." Zander terus pergi ke arah pintu untuk keluar.
"Aku cakap tu dengar je boleh tak?" Keith berbalas dengan intonasi yang lebih tegas. "Duduk sini."
"Aku tak nak." Zander balas balik. Ha gaduh lagi.
"Kau apahal eh? Memang perangai kau terus berubah ke apa lepas dua tahun aku hilang?"
Zander berdecit, "Kau tak payah nak acah macam kenal aku sangat lah." Zander memandang Harraz dibelakangnya, "Jom Raz."
Harraz yang disangka akan mengikutnya dari belakang itu pergi ke arah Keith yang sudah duduk di atas sofa.
"Raz! Woi, aku cakap balik kan?"
Harraz angkat muka memandang Zander, "Aku malas nak dengar korang bertekak." Harraz kemudian pandang Keith disebelah, "Ha cepat lah. Kau tunggu apa? Kau tumbuk aku pedih tahu tak!"
Zander berdengus geram, Tak guna betul Raz ni! Patut aku ajak Raf je tadi.
"Ha kau, nak tunggu apa? Cepat lah sini." Keith memandang Zander yang dari tadi merenungnya seperti mahu telan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romansa[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
