"Ha, yang kau duduk sini senyum sorang-sorang kenapa?"
Suara seseorang dari jauh buatkan lamunan Kiara terhenti. Langsung wajah dipalingkan pada punca suara. "Nia!" Bibir mengukir sebuah senyuman saat melihat Nia berada di taman rumah tok abah mereka.
"Kau kenapa pakai macam ni? Dari mana?" soal Nia hairan. Gaya pakaian Kiara seperti keluar saja tadi.
"Office."
"Office? Buat apa?" tanya Nia lalu duduk di kerusi hadapan.
"Jumpa tok abah, jumpa papa lepastu terjumpa boyfriend annoying kau tu." Bebola mata diputarkan saat menyebut perkataan terakhir itu.
"Kau jumpa Rian?" Membulat terus iris Nia saat Kiara bercakap soal Adrian.
Kiara mengangguk malas. "Terserempak time aku masuk bilik tok."
"Farrel? Kau jumpa Farrel tak tadi?" tanya Nia.
Kepala digelengkan. "Tak, tak sempat. Time aku datang, papa kata dia ada meeting."
Nia mengangguk faham. "Yang kau pula? Kenapa ada dekat sini?" tanya Kiara pula. Tiba-tiba je ada depan mata. Tak bagitahu pun nak datang.
"Saja je. Aku nak tidur sini today."
"Kau tidur sini? Rumah tok?" Kalau betul Nia mahu bermalam disini, sekurang-kurangnya dia ada teman mahu berborak.
"Yelah aku tidur sini, dengan kau."
Kiara mengangguk teruja. "Yay! Movie night?"
"Cool!"
Nia mengeluh buat kesekian kalinya. Benci betullah kalau telefon tidak berangkat. "Ish mana dia ni! Call banyak kali tak angkat, busy sangat ke?" ngomelnya sendirian.
Kiara menghampiri Nia yang sedang membebel seorang diri itu. Dari tadi dia lihat Nia tidak senang duduk. "Nia Antasya."
Terhinjut kedua bahu Nia akibat sergahan mengejut sepupunya itu. "Kiara! Ish terkejutlah!" Nasib tidak gugur jantung dibuatnya.
"Hahaha. Kau ni, dari tadi dengan phone kenapa? Layanlah aku, bukan selalu pun kau datang sini, ni kau hadap phone pula." Muk yang dia bawa bersama tadi diletakkan di atas meja makan itu.
"Ni ha, aku call Adrian, dia tak angkat pun." ngadu Nia sambil membuat muka.
Satu keluhan berat dilepaskan. Tidak sudah nama itu saja yang dia dengar. Tak suka betul. "Haih dia lagi."
"Kenapa kau buat muka macam tu?" Macam tak suka je Kiara bila dia sebut tentang Adrian.
"Dia tu annoying lah. Lima tahun kita kenal dia, lima tahun dia annoying." Balas Kiara menggeleng kepala lalu mencicip air panas yang dibuatnya tadi.
"Eleh kau, annoying tak annoying, dia tetap sempurna di mataku." Balas Nia sambil tersenyum lebar.
"Ergh, aku tak faham macam mana kau dengan dia boleh together." Tidak tahulah macam mana Nia tu boleh suka sangat-sangat sama lelaki itu.
"Ala, semua start bila dia selalu datang sini time kerja dengan tok abah lah. Mula-mula arwah ayah dia lepastu dia pula yang join selalu datang sini." Nia mula mengimbas kembali detik-detik sewaktu mereka baru saja kenal.
Kiara mendecit halus. "Ha betul lah tu, sampai aku naik menyampah dia asyik datang sini. Dengan muka ketatnya, pastu bila ajak borak sepatah je dia jawab. Tak fun langsung. Lepastu lagi aku tak faham bila awal-awal dulu kau asyik nak tidur sini sebab nak jumpa dia."
"Ye lah, kau senang lah jumpa dia sebab duduk sini, aku dulu nak usha dia pun susah tau sebab duduk rumah papa." Nia buat muka sedih. Lainlah Kiara, boleh jumpa selalu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romance[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
