untuk kesemua isteri isteri zander luth, girlfriend and scandal, tabah okay 😵💫🧎🏻
"Rian..." Panggil Kiara meleret dan manja yang masih dalam keadaan mamai.
"Rian bangun lah, Kie rindu Rian." Kepalanya digosok gosokkan ke dada sasa Adrian.
Adrian terjaga. Senyuman diukirkan, "Morning amore." Sempat Adrian mencium ubun ubun rambut Kiara lalu memperkemaskan pelukan.
"Riannn, jom balik. Kie sedih lah duduk sini."
"Kenapa sayang cakap macam tu?"
"Parcel Kie still tak sampai. Kie dah penat lah tunggu."
Adrian yang masih melelapkan mata itu tergelak kecil. "Okay sayang. Kita balik hari ini okay?" Langsung tangan naik memeluk Kiara.
"Okay! Kie nak turunlah. Nak tolong mommy buat breakfast. Nanti mommy cakap apa pula Kie tak tolong."
"Kiara... Stay. Jangan keluar. Peluk aku balik sayang." Katanya dengan mata tertutup.
"Tapi-"
Kiara ditarik ke dalam dakapan. "Jangan tinggalkan aku, faham?" Adrian meletakkan dagunya diatas kepala Kiara.
"Kalau tinggal juga?"
"Aku tak larat nak kena marah dengan Zander dan Keith."
Kiara ketawa kecil. "Okay, Kie tak tinggalkan Rian."
"Janji."
"Tak janji."
Adrian mencebik, "Kiaraaaaaaa."
Lagi kuat ketawa Kiara, "Ni Dree ke? Hello hello, mana Dree saya?"
"Ish dah lah! Pergi lah sana!" Adrian melepaskan pelukan.
"You ni," Rambut Adrian dibetulkan, "Makin manja je I tengok lepas I bangun koma. You pun nak jadi baby juga ke?"
"Aku tak tahu pula jadi manja ni best."
Kiara senyum lebar, "Best kan??? Lagi lagi bila Rian yang manjakan Kie!"
"So, Rian jangan lah mengada sangat nak manja dengan Kie. Kalau Rian manja, siapa nak manjakan Kie?"
Adrian jeling, "Kedekut lah kau ni. Aku nak manja pun tak boleh. Asyik kau je nak jadi baby."
"Ye lah. Nanti kalau kita ada baby, I takleh dah nak manja." Kiara buat muka sedih.
"Aku harap baby girl. Biar aku manjakan dia je lepas ni. Tak nak aku manjakan kau dah." Balas Adrian menakut nakutkan Kiara.
"Adriannnnnn!" Alunan Adrian tu sudah macam gaya bunyi kereta api je. Adrian ketawa.
"Ya lah ye lah, manjakan kau juga." Adrian memeluknya kembali, "Mana boleh lupa dekat baby sorang ni. Baby yang ini special." Adrian menciumnya ditepi kepala.
Habis sahaja drama diatas, Adrian dan Kiara turun ke bawah.
"Eh tahu jalan turun? Aku ingat nak kena panggil." Sempat Farrel menyindir.
Serentak kedua duanya menjeling Farrel tajam. Uish, laki bini sama je rupanya.
"Sorry mi sebab tak tolong. Tadi Kie bangun lambat." Bohong Kiara.
Adrian disebelah memandangnya. Ish ish ish, tak baik tau menipu. Aku tak pernah ajar isteri aku menipu.
"Tak lah mommy. Rian yang tak bagi Kiara turun tadi. Nak dia teman Adrian."
Dan serentak satu meja memandang Adrian.
Kiara mencuit perutnya, "Kenapa you bagitahu?" Bisik Kiara.
"Tipu dosa." Adrian membalas bisikan lalu mengenyitkan matanya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romance[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
