08

61.1K 3.1K 63
                                        

DUBAI

"Semua dah cukup?" Mata Hayyaz jatuh pada Harraz yang berada di tepi meja sedang menyediakan barang. Kalau bab-bab sediakan peralatan, serahkan saja pada lelaki itu.

"Dah." Hanya sepatah saja yang dibalas Harraz. Dia duduk di kerusi sementara menunggu Adrian turun. Kedua tangan diselukkan ke dalam hoodie hitamnya.

Baru sahaja Harraz mahu merehatkan mata buat seketika, suara Zander dari membantutkan niatnya. "Glock?"

Harraz mengangguk. "19 and 26." katanya memberitahu bahwa dua jenis pistol itu ada.

Harraz melelapkan matanya buat kali kedua dan kemudian Zayyan yang duduk dihadapannya bersuara. "Sig?"

"Ye ada." Harraz mengangguk lagi. Ada Sig P220 yang dia sudah sediakan.

"CZ?" Soal Hayyaz pula.

Harraz sudah mula geram. Haih! Kacau betul. Nak lelap sekejap pun susah. "Ada."

Rafael mengambil tempat duduk disebelah Zander, "Erm sub-" 

Terus Harraz memandangnya, "Ah, kau punya tak ada. Guna parang plastik je."

"Eh?! Asal pula!" Rafael membulat mata. Dia memandang Zander disebelah. Zander turut memandangnya, "Pe? Aku tak tahu apa-apa eh."

Rafael memandang Harraz semula dan laju sahaja Harraz menunding jari ke arah Hayyaz, "Hayyaz suruh, jangan marah aku."

"Ehhhh, aku pula! Sejak bila hah aku cakap?" Hayyaz mencelah.

Rafael memandang mereka geram, "Tak guna punya kawan! Kalau aku mati macam mana?"

"Mati lah kau sorang-sorang." Zayyan yang berdiri di hujung itu mengelakkannya.

Rafael mengetap gigi geram.

Bunyi tapak kaki Adrian datang menyapa gegendang telinga. Lima orang kawannya itu menoleh melihat Adrian.

"Wah Dree, handsomenya kau malam ni." Zayyan memberikan Adrian pandangan yang nakal.

"Dah tak sabar nak kena tembak ke?" Balas Adrian dingin lalu berdiri di depan meja makan. Adrian meletakkan barangnya di atas meja.

Hayyaz yang duduk di meja makan itu mencebik, "Ala, kita gurau-gurau je. Jangan lah marah." Kemudian tangannya bermain dengan lengan Adrian pula.

Dengan pantas Adrian memegang tangan Hayyaz, dicengkamnya kuat. "Adududududu! Le-lepas lah Dree! Sakit lah!"

"Lagi sekali kau buat, aku patah-patahkan tangan kau." Adrian melepaskan tangan Hayyaz.

Hayyaz menarik tangannya kasar, "Sakit lah gila! Kalau tangan aku tak ada, siapa nak cari info semua ha?!"

"Menjawab eh kau." Sampuk Zander yang turut duduk di situ.

Hayyaz memandang Zander dihadapannya, "Tak ada ah Zander, tengok Dree ni! Sakit tau." Ngadu Hayyaz.

"Dah, sekarang ni jom gerak. Aku tak nak lambat." Adrian memandang Rafael, "Raf, cepat."

Rafael mengangguk dan bergerak pantas. Ingin melakukan tugasnya itu. Jika berkenaan kenderaan, beri saja pada dia. Helikopter ke, kapal terbang, jet, kuda, semua ada.





Mereka masuk ke dalam bangunan kosong itu.

Adrian membuat isyarat tangan, menandakan kawasan kelihatan selamat. Mendapat isyarat dari Adrian, mereka meneruskan berjalan masuk ke dalam.

Adrian dan Zander bergerak dari timur manakala Zayyan, Harraz dan Rafael bergerak dari barat. Hayyaz pula jika melakukan tugas begini hanya akan mengawasi mereka semua dari laptopnya, menjadi pemerhati memandangkan bidangnya dalam skop IT.

Adrian Kiara: Her Guardian Angel Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang