"Abang handsome nampak daddy Kie tak? Tadi daddy teman baby tengok Dibo. Dia dekat mana?"
Adrian mengerutkan dahinya. Dibo? Daddy?
"Time tu Kie tengah tengok cartoon Dibo The Gift Dragon dengan daddy. Lepastu tiba tiba daddy kata nak tengok tok abah dekat luar rumah."
Adrian mengeleng kepala apabila teringat cerita yang Kiara pernah memberitahunya. No. Takkan lah...
"Kenapa abang diam? Abang tak tahu eh mana daddy?"
Mata Kiara mula berkaca, "Takkan lah Kie dah hilang..." Cebiknya perlahan.
Rafael terus bangun dari tempat duduk, "Weh, baby aku dah jadi baby betul betul ke?"
"Eh kau, duduk." Bisik Harraz disebelah lalu menarik tangan Rafael sehingga menyebabkan Rafael duduk semula.
"Kie cakap apa ni sayang? Daddy?" Soal Adrian lagi.
"T-Tadi daddy kata nak teman tengok cartoon sebab daddy baru balik outstation." Kiara lihat sekeliling rumah itu, "Ini bukan rumah tok abah. Kie dekat mana?"
Keith bangun dan pergi ke arah Kiara. "Kiara." Panggil Keith.
Terus Kiara berpaling melihat lelaki yang memanggilnya.
"A-Abang siapa?"
Keith berpaling melihat Adrian, "Kau atau family dia ada bagi ubat apa apa ke dekat Kie?"
Ubat hilang ingatan.
Adrian diam.
"Bawak dia naik atas, biar aku check. Aku pergi ambil barang aku dalam kereta." Arah Keith dan Adrian terus mengangguk.
"Kie, jom." Adrian menghulurkan tangannya buat Kiara.
Kiara geleng kepala. "Tak boleh. Daddy pesan jangan ikut orang yang tak kenal."
The gang yang lain dah pelik. Dah apahal dengan Kiara.
"Kie, aku Adrian lah. Suami kau."
Membulat mata Kiara, "S-Suami?"
Adrian angguk.
"T-Tapi Kie tak kahwin lagi. Nama abang apa?"
Adrian senyum, "Aku abang Muqriz."
Membutang mata kawan kawan yang lain. Budak tu dah lah sakit, dia bagi otak Kiara lagi berbelit adalah.
"Abang Muqrish?"
"Muqriz sayang." Adrian membetulkan ayatnya.
"Susahlah nama abang. Kalau Kie panggil Abang Riz boleh?"
Adrian angguk, "Boleh. Mana mana senang untuk Kie."
Kiara senyum kemudian dia melihat ke arah the gang.
"Hi semua! Nama saya Kiara Alanna! Saya isteri abang Riz!" Dia melambaikan tangannya.
Semua mata terkejut. Budak ni memang betul betul tak ingat ke?
Kiara tercebik. Sombongnya mereka.
Terus Kiara mengangkat wajah memandang Adrian, "Abang Riz, kenapa dorang semua pandang Kie macam nak marah je."
Adrian terus memandang yang lain, "Bangun, say hi." Bisiknya kepada yang lain.
Serentak kesemuanya bangun, "Hi Kie!!!!" Semua melambaikan tangan ke arahnya.
Kecuali.
Ya Zander.
Dia tak lambaikan tangan pun. Otak dia masih lagi sedang memproses segalanya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romance[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
