Sejak kebelakangan ni, Adrian sudah berubah. Tidak lagi seperti dulu dimana selalu memberi Kiara bermanja dengannya. Perangai dingin dan bekunya sudah kembali.
Setelah habis membersihkan diri, Kiara turun ke bawah untuk mendapatkan Adrian.
"Waaahh," Kiara melihat makanan yang sudah siap dihidang oleh Adrian, "Banyaknya Rian masak!" Terus Kiara menarik kerusi untuk makan tengah hari bersama.
Baru sahaja Kiara mahu mengambil ayam masak merah untuk Adrian, Adrian terus menarik sudu itu, "Tak apa, aku boleh buat sendiri."
Kiara hanya sekadar diam dan gumam menandakan dia faham.
Kiara yang sedang bermain dengan nasi itu bersuara, "Rian, Kie tengok Rian asyik diam je lately ni," Kepala diangkatkan melihat Adrian, "Rian ada masalah ke?" Tanya Kiara lemah lembut.
Adrian masih diam dan makan.
Kiara memberanikan dirinya untuk memegang tangan Adrian yang disebelah kiri, "I ada, you boleh share dengan I."
Terus mata helang milik Adrian Muqriz memandang Kiara, "Aku okay." Kemudian tangan kirinya itu ditarik dan dia bangkit dari situ.
"R-Rian dah habis makan ke?"
Adrian gumam sebagai tanda ya.
Kiara melepaskan keluhan kecil saat Adrian sudah berangkat pergi ke dapur. Kenapa dia dapat rasakan yang Adrian sudah lain?
Malam ini, Kiara diganggu lagi dengan mimpi buruknya.
Dia terbangun dari tidur dan dengan cepat dia beristighfar dan mengusap dadanya perlahan. Pandangan dialihkan memandang Adrian disebelah yang sedang lena tidur.
"Rian..." Lengan Adrian digoyang lembut, "Rian..." Panggil Kiara perlahan.
"Hmm." Adrian hanya gumam sahaja.
"Rian...I-I takut. I tak boleh tidur."
Adrian diam sahaja, tak membalas.
"Rian...I nak peluk boleh? Please, I-I takut."
Adrian masih diam.
Lengan Adrian itu Kiara pegang dan goyangkan lagi, "You, you dengar tak? I nak peluk." Rengek Kiara lagi.
"Youuu," Lengan Adrian itu digoyangkan lebih kuat.
"Eh kau ni aku kang!!!" Kiara ditolak kasar oleh Adrian.
"Sebelum patah patah aku kerjakan tangan kau, baik kau jangan kacau aku!" Tengking Adrian lalu dia terus membelakangi Kiara.
Terkebil kebil Kiara dibuatnya. Terus bergelinang air matanya. Tok abah...Rian marah Kiara... Katanya dalam hati menahan air mata dari jatuh.
Kiara terus menarik selimut sedikit. Kiara mengusap lembut dadanya, Tak apa lah Kie, Rian penat sebab tu dia macam tu...Jangan terasa okay? Katanya memujuk dirinya sendiri. Air mata terus jatuh saat dia memujuk dirinya. Tiada lagi daddy atau tok abah untuk memujuknya.
Pagi itu Adrian bangun untuk bersiap sedia ke pejabat. Dia melihat Kiara disebelah, masih lagi tidur.
Dia lekas bangun dan ingin membersihkan diri.
Saat dia keluar dari bilik air, Kiara masih lagi tidur. Dia sambung ke bilik pakaiannya untuk bersiap.
Setelah siap, Adrian mencapai tienya. Dilihatnya Kiara masih tidur, dia ni tak nak pergi kerja ke?
"Kiara." Adrian yang sedang memakai tie dihadapan cermin itu memanggilnya.
"Kiara, bangun pergi siap. Kau nak tidur sampai pukul berapa?"
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romansa[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
