16

59K 3.1K 609
                                        


Pintu rumah dibuka. Wajah Mak Piah tidak seceria biasa. Terus tidak sedap hati apabila melihat wajah Mak Piah gelisah semacam.

"Why Mak Piah? Kenapa tak happy je tengok Kie balik."

"T-Tok...Tok erm..."

"Kenapa? Kenapa dengan Tok Abah?"

"Tok Abah sakit. Dia dekat atas, Nia tengah jaga dia."

"Hah? Sakit? Kenapa tak ada siapa pun bagitahu Kie? Kenapa tak ada seorang pun yang call Kie? Kenapa Mak Piah tak bagitahu Kie?" Soal Kiara cemas. Dengan segera dia membuka coat dan berjalan pantas ke arah tangga.

"Bukan tak nak bagitahu, tapi Tok Abah tak bagi. Tadi Nia pun nak call Kie, tapi Tok Abah tak bagi." Mak Piah mengikut Kiara dari belakang.

"Okay, tak apa, Kie naik atas dulu." Laju sahaja dia menaiki anak tangga itu, takut apa-apa jadi pada Tok Abah.

Pantas dia memulas tombol pintu bilik tok abah dan maktoknya. Kelihatan Nia sedang meletakkan kain basah di atas dahi Adam manakala Marina pula tiada. Dalam bilik air barangkali.

"Tok." Pantas dia pergi ke arah Nia dan tok abah yang berada di atas katil itu.

"Tok demam panas. Tak tahu kenapa, tiba-tiba je." Nia menjelaskan sebelum sempat ditanya oleh Kiara.

"Thanks Nia tengokkan Tok Abah." Kata Kiara yang sedang mengusap lembut rambut Tok Abah.

"Nak thank you buat apa? Tok abah kau pun tok abah aku juga, kita jaga sama-sama kay? Kau kan busy jadi biarlah aku yang tengok."

Kiara yang dari tadi melihat wajah sayu tok abah yang tidak bermaya itu terus mengalihkan pandangan melihat wajah Nia yang berada disebelahnya. "Nia, about yesterday, aku nak kau tahu yang aku tak nak pun-"

"Kau mesti ingat yang aku marah kau kan? Aku tahu yang kau tak suka pun Rian Kie. Dan kau tak perlulah risau, aku tak marahkan kau. Dah kenapa aku nak marahkan kau padahal kau pun tak tahu apa-apa." Potong Nia.

Laju sahaja Kiara memeluk Nia. "Aku tak akan kahwin dengan dia. Mati hidup balik pun tak akan pernah. Aku sayangkan kau. Ingat tu."

"Ye aku pun sayang kau." Nia mengusap lembut belakang Kiara dan kemudian Kiara meleraikan pelukan. "Oh ye, tadi aku nak call kau tapi Tok Abah tak bagi sebab tadi kan first day kau so dia tak nak kacau. Dia tahu yang kau akan balik punya kalau kau tahu dia demam jadi dia tak nak kacau kau."

Kiara mengangguk perlahan. Tiba-tiba pintu bilik air dikuak perlahan, wajah Marina terus memandang Kiara. "Oh dah balik dah, ingat tak reti nak balik. Kenapa? Kau tak nak balik sebab tok kau dah sakit? Tak nak jaga? Nak lepas tangan? Oh, time dia sihat, time tu kau pandai duk berkepit dengan dia. Kenapa? Sebab kau nak duit laki aku kan."

"Maktok, dah lah tu. Tok abah sakit ni, tak baik lah macam ni." Nia memberanikan diri untuk membela Kiara.

"Aku tak tahu apa yang korang nampak dekat budak bawa sial ni. Balik je buat sakit mata aku. Kau pergi berambus keluar. Biar Nia je dalam ni."

"Maktok-" Baru sahaja Nia mahu membalas namun Kiara memegang tangannya menyebabkan percakapan Nia terbantut.

"It's okay, aku keluar dulu." Balas Kiara berbisik.

Adrian Kiara: Her Guardian Angel Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang