"Hi Kie."
Sapaan dari Farrel itu membuatkan Kiara yang termenung di gazebo itu mengalihkan pandangan memandangnya.
Nampak sahaja Farrel mengambil tempat duduk disebelahnya, Kiara terus bangkit dan ingin masuk ke dalam tanpa ada rasa mahu balas sapaan Farrel tadi.
"Sampai hati kau layan aku macam ni Kie." Kata kata Farrel di belakang memberhentikan pergerakan Kiara.
"Aku tak tahu kenapa kau marah sangat dengan aku tapi kalau aku ada salah, aku minta maaf."
Kiara yang berhenti itu meneruskan semula berjalan tanpa langsung memandang Farrel.
Masuk sahaja ke dalam rumah, dia bertembung dengan dulu kawan karibnya, lagi satu sepupu kesayangannya. Nia Antasya.
"Mana Adrian?" Tanya Nia saat mereka melepasi satu sama lain.
Kiara tidak endahkan dia dan sambung berjalan.
"Eh aku tanya," Lengan Kiara ditarik, "Adrian mana? Lepas jadi kurang ajar, kau dah pekak pulak ke?" Marah Nia.
Dia menarik lengannya kuat menyebabkan Nia tidak lagi memegang tangannya, "Kau cari lah sendiri! Tanya aku dah asal?"
"Bukan ke kau isteri dia? Jadi mesti lah-"
"Ohh, kau sedar pula yang Adrian ada isteri?" Dia senyum sinis, "Kalau dah sedar, yang kau sibuk terhegeh hegeh dekat suami aku dah kenapa?"
Ayat Kiara itu buatkan Nia geram dan perasaan marah semakin membuak buak.
Pantas sahaja Nia menaik tangan ingin menamparnya.
Namun, pergerakkan Nia terbantut akibat suara seseorang dibelakang, "Nia!!"
Kiara senyum jahat saat dia mendengar suara itu. Dia kenal dengan pemilik suara itu.
Nia tergamam.
"You nak buat apa dengan Kiara ni hah?" Soal Adrian lalu menurunkan tangan Nia.
Kiara dipandang oleh Adrian, "Kie, kau okay?"
Kiara toleh memandang Adrian, "Hmm sakit, tadi Nia tolak bahu Kie."
Nia membulat mata, "What???" Pantas sahaja dia memandang Adrian, "No Adrian. Dia tipu! I tak buat apa apa-"
"Kalau lagi sekali I dengar you kacau Kiara, jangan harap I boleh layan you baik baik lepasni." Potong Adrian dengan tegas.
Tangan Kiara itu Adrian pegang, berlapikkan lengan panjang Kiara, "Jom Kie."
Kiara sempat senyum sinis dihadapan Nia sebelum mengikut Adrian pergi dari situ.
Setibanya di bilik Kiara, Kiara dengan pantas menolak tangan Adrian. Kemudian dia menuju ke meja soleknya.
"Dia ada buat apa apa lagi ke dekat kau?"
Kiara geleng, "Dia tak buat apa pun."
Adrian kerut dahi.
"I tipu." Katanya sambil losyen tangan diambil.
Pandangan dialihkan memandang Adrian, "Pandai tak I berlakon? Boleh jadi Sara Amra tak?"
"Kau tipu?" Soal Adrian tidak percaya.
"Tak tipu. Saja nak tengok your reaction." Losyen itu disimpan balik, "Impressive, I boleh bagi you A-."
Dia berjalan ke arah katil, "Tapi kalau nak A+, lagi best kalau you tengking Nia."
Bahu Adrian ditepuk, "Nanti I tipu lagi. Make sure tengking dia macam mana you selalu buat dekat I okay?" Dia senyum sarkastik lalu naik ke atas katil.
"Kiara," Adrian pusing memandang Kiara yang sudah baring itu, "Jangan lah macam ni please. Kalau kau marah aku, please jangan libatkan yang lain. Please be matured-"
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romance[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
