33

63.4K 3.7K 1.8K
                                        

"Terima kasih Encik Fairuz." Kiara berjabat tangan dengannya. Selesai sudah pembahagian harta. Sekarang ini semua berada di Cyrez Holding.

"Sama sama Kiara." Encik Fairuz senyum ke arahnya dan berjalan ke arah pintu keluar bilik mensyuarat itu.

Senang hati mereka semua. Settle sudah masalah besar.

Oh no, kejap.

"Kau tak perlu lah risau, habis sahaja pembahagian harta tu, aku akan pulangkan Rian dekat kau balik." Kiara teringat kembali janjinya kepada Nia.

"Ha Rian, kamu nak pergi Max dah ke?"

Adrian mengangguk lalu bangkit dari kerusi, "Haah pa, ada kerja banyak."

"Okay lah, aku pun nak sambung kerja." Kata Farrel pula lalu membetulkan tie yang dipakai.

Kiara pula masih duduk termenung. Janji yang dibuat kini memakan dirinya.

Pintu bilik dikuak dan semua mata tertumpu ke arah Encik Fairuz, "Kenapa? Ada barang tertinggal ke?" Soal Nia yang turut berada di Cyrez Holding.

"Saya lupa nak pesan sesuatu."

"Apa dia Fairuz?" Soal Puan Dahlia pula.

"Pasal kandungan terakhir wasiat arwah Adam."

"Kenapa?" Soal Marina.

"Kalau Kiara dan Adrian bercerai, semua harta akan diberikan semula kepada Kiara Alanna."

Hold on hold on hold on. What?

Tercengang Kiara dibuatnya. Nak happy ke nak sedih ni? Tak boleh cerai lah maksudnya? Damn, tok abah is really smart.

"Baik Fairuz, terima kasih." Balas Encik Luqman. Encik Fairuz mengangguk kecil dan keluar dari situ.

"Dah, mak nak balik. Nia nak ikut maktok atau mommy?"

"Uhm..." Matanya masih lagi tidak lepas memandang Adrian. Adrian pula hanya bereaksi biasa. Langsung tidak terkejut dengan apa yang baru dikatakan oleh Encik Fairuz tadi. "Nia balik dengan mommy, jom mommy." Nia menarik tangan Puan Dahlia dan bergerak keluar dari situ diikuti dengan Marina.

"Rel nak sambung kerja." Farrel pula kemudian turut keluar, "Papa pun. Nanti apa apa Kie jumpa papa okay?" Kemudian Encik Luqman juga keluar dari bilik mensyuarat itu.

Kini hanya tinggal Kiara dan Adrian sahaja.

"Kenapa? Terkejut sebab kita tak boleh cerai?"

Kiara mengangkat muka memandang Adrian yang berdiri itu. "You tahu ke pasal ni?"

"Kau ingat tok abah kau bodoh ke? Confirm lah ada syarat dalam tu."

Kiara kembali diam.

"Tak dapat lah kau nak merasa jadi janda." Sindir Adrian lalu dia keluar dari bilik.

Kiara geram. Tangan digempal. "Apa pasal dengan you ni ha?"

Adrian yang baru sahaja mahu keluar itu terus tidak jadi. Dia menoleh, "Asal? Salah ke aku cakap? Kau tak senang duduk sekarang ni sebab kau tak boleh nak minta cerai dengan aku kan?"

Kiara berdecit, "Don't act macam you pun suka dengan perkahwinan ni. You pun terpaksa juga kan Rian?"

"Tapi ada ke aku cakap aku nak lepaskan kau?"

Terdiam Kiara dibuatnya.

"Aku tak pernah cakap pun apa apa dengan kau. Aku tak pernah buat deal apa apa pun dengan kau." Sambung Adrian.

"Then what? What did you expect me to do? Be happy with you? Hati Nia siapa nak jaga?" Tanya Kiara lagi.

"That's your problem Kiara. Kau always dulukan orang lain dari diri kau sendiri. Kau selalu fikir pasal orang lain but orang lain ada ke nak jaga hati kau? Ada?"

Adrian Kiara: Her Guardian Angel Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang