"Sorry uncle. Rian pun baru tahu bila semalam Zander cakap pasal kapal dekat Russia tu." Pagi ini Tuan Adam kata mahu berjumpa dengan dia. Berbincang tentang hal semalam yang dikatakan oleh Tauke.
Tuan Adam hanya diam mendengar, bersandar pada kerusi pejabat. "Berapa kamu rugi?"
Adrian menggeleng kepala. Dia tidak mahu susahkan Tuan Adam lagi. Sudah banyak yang Tuan Adam bantu dia, lagi-lagi sejak ayahnya meninggal dunia. "Tak apa uncle, Rian boleh je nak handle-"
"Aku tanya, berapa kau rugi?"
Keluhan kecil dilepaskan. "Plus minus, tujuh juta duit sana."
Sementara itu, Kiara pula sudah sampai di Cyrez Holding, syarikat milik tok abahnya. Tadi sewaktu minum pagi, Mak Piah memberitahunya bahwa tok abah sudah berangkat ke kerja.
Dia pula apa lagi. Terus bergegas ke Cyrez. Bukankah tok abahnya tidak sihat? Sudah kenapa pula perlu pergi kerja? Patutnya berehat aje di rumah.
"C-Cik Kiara." Pekerja syarikat mula bangun apabila Kiara berjalan masuk ke dalam. Jarang sungguh mahu lihat anak Tuan Aariz mereka masuk ke pejabat. Yang selalu datang hanya Nia. Farrel pula memang bekerja di sini.
Kiara hanya senyum segaris sebelum kakinya melangkah ke arah lif syarikat. Dia naik ke tingkat atas dan berhenti di meja setiausaha Tuan Adam. "Tok abah ada?"
Setiausaha itu terus bangun dari duduk. "Ada cik Kiara tapi Tuan Adam tak benarkan sesiapa masuk sebab Tuan sedang mesyuarat sekarang."
"Saya nak jumpa Tuan Adam," kata Kiara, tidak endahkan kata-kata setiausaha itu yang dia tidak boleh masuk ke dalam.
"T-Tapi-"
"Saya nak masuk." Dia tidak kisah, dia mahu berjumpa dengan tok abahnya juga.
Setiausaha Ira menggeleng kecil. "Tak boleh cik. Saya minta maaf sangat-sangat."
Kiara menghela nafasnya perlahan. Apa yang susah sangat? Tidak peduli, Kiara terus bergerak masuk ke dalam bilik tok abah. Setiausaha itu menghalang Kiara dari memulas tombol pintu bilik. "Tak boleh--"
"Sana, bagi saya masuk," katanya dingin. Kenapa susah sangat nak bagi dia lepas?
Setiausaha Ira menggeleng lagi. "Maaf cik, saya betul-betul minta maaf, Tuan Adam tak bagi sesiapa masuk."
Kiara mengetap gigi geram. "Fine tapi jangan marah saya kalau bahu awak sakit nanti."
Setiausaha itu mengerut dahi tidak faham. "Huh? Apa maksud-" Tak sempat mahu bertanya, setiausaha itu sudah ditolak oleh Kiara.
Pintu bilik tok abahnya dikuak, dia menapak masuk ke dalam. "Tok Abah. Kenapa tok abah-" Terus terdiam Kiara apabila ternampak Adrian yang turut ada di situ. Jadi maksudnya, yang bersungguh setiausaha itu tidak bagi masuk sebab tok abahnya sedang mesyuarat dengan lelaki bisu ini?
"Kie? Kie buat apa dekat sini?" soal Tuan Adam bingung. Macam mana Kiara boleh ada disini awal pagi?
Setiausaha Ira menunduk sedikit. "Maaf Tuan, saya dah halang tapi cik Kiara masih berkeras mahu masuk."
"Tak apa, awak boleh sambung buat kerja awak." Setiausaha itu mengangguk dan pintu bilik ditutup rapat.
Adrian memandang Kiara atas bawah. Mahu tergelak dia melihat Kiara yang tadi mahu marah macam singa tapi terus diam apabila dia berada di dalam bilik itu.
"Ha Kie? Kenapa ada dekat sini?" tanya Tuan Adam lagi sekali. Pelik. Jarang-jarang Kiara mahu ke sini.
"'Kenapa' tok abah tanya? Tok abah tu yang kenapa ada dekat sini? Tok abah kan tak sihat lagi." Balas Kiara sambil berpeluk tubuh. Matanya garang memandang tok abah.
"Ada hal nak bincang sama Adrian."
Kini Kiara pula yang beralih memandang Adrian. "Yang you pula kenapa tak boleh tunggu tok abah I sihat baru nak jumpa? Dah urgent sangat?" Mata tajam melihat Adrian yang sedang duduk tidak berperasaan memandangnya.
Baru mahu membalas, Kiara lebih cepat menyambung. "You tahu kan tok abah I tak sihat? Tunggulah dia okay baru nak ajak jumpa."
"Kie-"
Kiara memandang tok abahnya. "Sabar tok abah, Kie tak habis cakap lagi." Setelah itu dia memandang Adrian semula. "Ha lagi satu, tak payahlah nak pandang I macam tu. Nak marah I sebab I tak kasi you jumpa tok abah? I marah sebab tok abah ni masih sakit. Nanti kalau dia sakit, siapa yang susah? I kan? You tu tak habis-habis kerja, kerja, kerja. Bagilah tok abah ni masa nak rehat-"
"Kau ni dari dulu memang bising je kan." Adrian memotongnya, kepala digelangkan perlahan. Mulut tu kalau boleh, asyik nak bercakap je.
"Apa? Apa you cakap?" Kiara memandangnya tidak puas hati. Langsung dia berjalan ke arah lelaki itu.
Adrian bangkit dari kerusi. Langkah Kiara mati dan sekarang Adrian datang mengampiri Kiara yang sedang berdiri itu.
Kiara kebelakang selangkah. "Eh I tanya you ni, yang you dekat-dekat dengan I kenapa?"
Namun Adrian tidak mengendahkannya malah datang lagi dekat sama Kiara.
"Jangan dekat or I call Nia." Ugut Kiara apabila Adrian masih berjalan ke arahnya.
Dengan perlahan-lahan dia masih lagi menghampiri Kiara. "Tok Abah! Tengok dia ni!" Mengadu Kiara.
"Penakut." Bisik Adrian perlahan dan senyum sinis.
"Penyibuk!" Adrian dijeling geram. "Kenapa you datang jumpa tok abah?" Soalannya masih belum dibalas oleh Adrian.
"Bukan urusan kau." jawab Adrian, mata masih melekat pada wajah Kiara.
Kiara memandangnya geram. Menyampah! Jawab ajelah, bukan susah sangat pun.
"Kenapa?" Adrian menjongket kening melihat riak tidak puas hati Kiara itu. "Nak fight ke?" Soal Adrian, mendekatkan mukanya sama Kiara.
"Ha jom lah fight!" Balas Kiara berani. Mata dikecilkan, melihat setiap inci wajah Adrian.
"Kie sudah." Kata Tuan Adam dibelakang sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Tengok lah mamat ni! Annoying betul." Balas Kiara dan menoleh memandang tok abahnya.
Adrian hanya tersenyum tipis. Mata masih pada Kiara. "Uncle, Rian balik dulu."
"Okay." Balas Tuan Adam dibelakang dan sejurus itu, Adrian terus melangkah pergi.
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romance[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
