59

77.5K 3.8K 1.7K
                                        


"Tuan." Zayyan yang duduk disebelah Adrian itu berbisik sedikit bagi menghentikan lamunan Adrian.

"S-Sorry," Adrian membetulkan posisi duduknya. "Where are we just now?"

"Tuan, if you're not feeling well then we can just do it another time." Kata Encik Wahid selaku pengurus bahagian penyelidikan dan pembangunan.

Adrian geleng kepala tanda tidak, "It's okay. I'm all good, just continue."

Habis sahaja mensyuarat, Adrian terus masuk ke dalam pejabatnya. Fikirannya sejak akhir akhir ini tidak habis memikirkan tentang Kiara yang semakin menjauh diri dengannya.

Kiara tidak banyak bercakap, sering balik rumah lewat, makan di rumah pun tidak, selalu bercakap dengan kasar; setiap kali bertegur pasti gayanya seperti ajak gaduh. Senang cerita, Kiara sudah berubah.

Baru seminggu Kiara bersikap begini tetapi sudah naik gila Adrian dibuatnya.





Semua langsung tidak berani bersuara. Anak buahnya terus menunduk memandang lantai.

Takut.

"Dah bisu ke apa semua?!!! Aku tanya, siapa yang masuk bilik aku?!!!" Jerkah Adrian kepada yang lain di dalam bangunan Cyrex itu.

Adrian akan ke Cyrex seminggu sekali untuk masuk ke dalam pejabatnya disana.

"T-Tiada siapa Tuan." Zach memberanikan diri untuk bersuara.

Satu keluhan berat dilepaskan.

Wrong answer.

Dia menutup kedua matanya rapat, menahan diri daripada melakukan perkara yang tidak diingini, "Habistu, macam mana satu kunci aku boleh hilang?!"

Tiada siapa menjawab.

Adrian memaling memandang Hayyaz, "Check cctv."

Hayyaz tunduk, "Baik Tuan."

"Semua berambus, keluar." Katanya dingin.

Yang lain dengan cepat menunduk dan akur kepada arahan ketuanya.






"So how? Kau boleh buat kan?"

Farhan mengambil kunci yang diberikan oleh Kiara itu sambil mengangguk. "Dah siap kunci ni nanti, aku bagi dekat kau."

Kiara senyum, "Great."

"Aku balik dulu Kie. Apa apa, call aku."

"Thanks Farhan." Kiara bangun dari tempat duduk saat rakan universitinya ingin keluar dari bilik pejabatnya.






"Harini je dah termasuk kali kelima kau ajak aku breakfast, lunch dengan dinner together. Adrian tak masak ke dekat rumah?" Bebel Mia sambil memotong kepingan ayam chicken chop yang dipesannya tadi.

"Entah." Balas Kiara sepatah lalu kepingan ikannya dimasukkan ke dalam mulut.

"Entah? Habistu dia makan apa?"

"Mana lah aku tahu dia makan apa. Tanya lah dia, tanya aku pahal." Balasnya selamba lalu garpu dan pisau diletakkan di atas pinggan untuk mencapai ais latte yang dipesan.

"Eh eh kau ni," Mia menyilangkan tangan di dada, "Yang kau emo sangat aku cakap pasal Adrian dah kenapa? Bukan kau suka-"

Dia menghirup ais latte itu, "Dah tak suka. Jangan tanya dah, jangan cakap dah."

"Kenapa? Korang gaduh eh?" Tebak Mia.

Kiara geleng. "Tak."

"Habistu?"

"Aku dah tak suka dia. Precisely, benci."

Membulat mata Mia. Selamba badak je dia jawab macam tu dengan reaksi bersahaja? Budak ni sakit ke apa?

Adrian Kiara: Her Guardian Angel Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang