Adrian masuk ke dalam rumah Adam Kamil. Dilihatnya sekeliling, "Siapa je ada? Kiara dah balik?"
"Eh kau, dah kenapa tanya dia? Dah berkenan?"
"Tak ada nya berkenan. Rian tanya je." Jawabnya lalu berjalan ke ruang kolam renang.
"Kenapa pula tak berkenan? Cucu-cucu aku semua lawa."
"Memang lah lawa, tapi dia tu scary. Lagi garang dari Nia." Balas Adrian bersahaja.
"Garang?" Tok Abah ketawa kecil. "Kalau pandai layan dia, dia lagi manja dari Nia walaupun Nia tu cucu last aku."
"Tak kisah lah apa-apa pun, ni Rian nak cakap sikit."
"Kenapa? Company ayah ada problem lagi?"
Adrian geleng, "Tak."
"Habistu, kenapa?"
"Keith. Dia datang balik."
"Keith?" Adam mengerut dahi, "Yang gang dengan Dragon tu?"
Adrian mengangguk.
"Kau cerita dekat aku, apa jadi."
Adrian menceritakan segala-galanya. Bermula dari mereka berjumpa di Dubai dan kemudian tentang kes pagi tadi. Dia menceritakan sebab kenapa Keith berpihak pada kumpulan Dragon, entah sebab yang betul pun tidak tak tahu lah.
"Kau siasat dulu. Kalau betul dia tak salah, kau bawa dia masuk."
"Ha? Bawa dia masuk balik? Uncle gila ke? Dia nak bunuh Rian haritu."
"Kan aku cakap, kalau dia tak salah, kau bawa lah dia masuk. Kalau dia tipu, pandai-pandai lah Rian nak buat apa."
"Hm." Itu sahaja Adrian membalas. Dia mengambil cawan yang berisi kopi itu lalu dihirupnya.
Adam bangkit dari tempat duduk. "Nak pergi mana?" Soal Adrian apabila Adam tiba-tiba sahaja bangkit dari sofa.
"Nak panggil Kiara dekat atas, aku nak makan ubat."
"Tak apa Rian boleh tolong teman uncle makan ubat." Adrian meletakkan semula cawannya dan membantu Adam.
"Tak apa, Kie boleh-" Tiba-tiba sahaja kakinya tidak kuat. Adam hampir terjatuh, dia memegang bucu meja untuk menampung dirinya.
"Uncle??? Uncle okay tak?" Adrian lekas bangun dan pergi ke arah Adam.
"Aku okay, dah sana." Adam cuba untuk berjalan dan pergi ke arah dapur.
"Uncle tak okay ni, biar Rian tolong."
"Tak apa, boleh je-" Saat dia mahu berjalan, dia rebah lalu pantas Adrian memegangnya.
"Uncle?? Uncle?? Hey, bangun!"
"Kie, kau dah makan ke belum ni? Jom pergi makan. Aku, Nia dengan Adrian nak turun pergi kafe. Kau nak ikut?" Farrel memegang bahu Kiara yang sedang termenung memandang tok abah yang sedang terlantang di atas katil hospital Prince Court Kuala Lumpur itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romance[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
