Tuan Luqman meniup lilin, semua orang menepuk tangan dan mereka mula makan malam bersama.
"Kie masih tak tahu apa-apa?" Soal Jay. Kawan-kawan Tuan Luqman semua sedang berborak di luar rumah. Atau juga, merupakan kawan kepada Tuan Adam pada asalnya. Menjadi orang kanan ayahnya sejak dahulu.
"Tak, korang jangan memandai nak mention apa-apa depan dia pula." Balas Tuan Luqman, memberi amaran kepada yang lain.
"Anak kau, anak kitaorang juga. Tak payah risau." Balas Sam disebelah sambil menepuk bahu Luqman.
"Bila Abah kau nak bagitahu dia? Dah lama sangat korang simpan." Tanya Lim pula.
"Tak boleh. Dia trauma, aku takut Kiara masih takut pasal kes dengan Dragon time dia kecil tu." Jawab Tuan Luqman sambil menghirup air teh tarik.
"Haih, aku rasa kalau sekarang Aariz masih ada, mesti keadaan jadi lain." Jay mengeluh kecil.
Semua hanya mengangguk sahaja. Rindu sama kawan mereka, abang kepada Luqman, Aariz.
"Papa!" Jerit Kiara. Dia menuju ke arah gazebo.
"Ye Kie?" Tuan Luqman menoleh.
"Ehh. Oh, semua ada dekat luar ke?" Malu pula Kiara apabila semua kawan arwah daddynya, papa dan kawan tok abahnya turut serta.
"Makin cantik Kiara sekarang." Puji Sam saat Kiara datang ke arah mereka.
"Hehehe mana ada lah uncle." Balas Kiara bersama senyuman di bibir.
"Kenapa Kiara? Kie nak apa-apa?" Soal Tuan Luqman.
"Tak apa lah pa. Kie cakap kejap lagi je, uncle semua dengan papa sambung lah borak."
"Ha okay, nanti Kie jumpa papa." Balas Tuan Luqman. Kiara mengangguk dan mahu masuk ke dalam tetapi pergerakkannya terhenti apabila uncle Jay memanggilnya. "Kie."
"Ye saya?" Kiara menoleh.
"Sini kejap."
Kiara akur. Dia pergi ke arah uncle Jay. Kiara berdiri di hadapan empat orang pakciknya itu.
Uncle Jay bangun dan berdiri di hadapan Kiara. "Haih, setiap kali uncle tengok Kie, uncle nampak Aariz." Jay mengusap lembut rambut Kiara.
Kiara hanya senyum sahaja.
Tiba-tiba, Jay mengangkat tangan mahu menumbuk ke arahnya, pantas Kiara mengelak.
"Good, masih tak lupa."
"Mesti lah! Uncle yang ajar Kie."
Setelah itu, lagi sekali Jay ingin tumbuk ke arahnya, pantas Kie membalas semula.
"Ah dah lah tu, tak payah nak test stamina malam-malam ni. Nanti Abah aku nampak-"
"Ala biarlah Luq. Sambung Jay!" Sampuk Lim.
"Kasi hentam satu kali Kiara!" Sorak Sam pula.
"Uncle, you sure?" Soal Kiara minta kepastian sama Jay.
"Eh, Kie tengok je uncle ni dah berumur macam Papa, tapi kalau uncle dengan papa lawan, papa Kie yang KO dulu tahu tak." Balas Jay.
"Oh kau menyempat nak kutuk aku!" Sampuk Tuan Luqman tidak puas hati.
"Hahahaaha, dah Kie cepat!" Tawa Jay meletus saat melihat riak tidak puas hati Luqman.
Kiara datang ke arahnya, dia cuba menumbuk ke arah wajah uncle Jay, namun dia mengelak dan kemudian Jay memegang tangannya erat.
Kiara berjaya melepaskan genggaman tangannya dan dengan pantas Kiara mengunci leher Jay. Jay cuba untuk melepaskan diri namun tidak berjaya. Dia mengambil alternatif lain, dia menggeletek Kiara di bahagian perut. Kerana tidak tahan, Kiara melepaskan Jay.
"Uncle!" Kiara separa jerit.
"Hahaha! Good one Kie!" Jay berhigh five bersama Kie.
Tok Abah yang dari tadi memerhati aksi itu berdehem. "Ehem."
"Hehehe Dam." Kata Jay apabila ternampak Adam datang ke arah mereka.
"Kau buat apa dengan cucu aku ni? Malam-malam ajak menari?" Soal Adam berpeluk tubuh.
"Saja je. Nak test lah dia okay ke tak, but wow, aku impressed, walaupun dah lama tak training, dia still sama, power macam Aariz." Puji Jay.
"Thank you uncle. Kie masuk dalam lah. Bye uncle uncle semua!"
Selepas yang lain balik, Tuan Adam menghampiri Tuan Luqman, mahu membincangkan sesuatu. "Luq." Panggilnya.
"Ya Bah? Kenapa?"
"Ada benda sikit Abah nak cakap dengan kamu."
"Pasal apa?" Tuan Luqman duduk dihadapannya.
"Nia, Kiara dan Adrian."
"Kenapa? Mereka ada buat masalah ke?"
"Tak, tapi, mungkin lepas ni ya."
Tuan Luqman memandang abahnya dengan bingung, "Maksudnya? Luqman tak faham."
"Abah nak kahwinkan Kiara dan Adrian."
Terbeliak biji mata Tuan Luqman. "Hah? Abah melawak ke ni? Abah tahu kan Nia bercinta dengan Adrian."
"Tahu, tapi abah tak ada pilihan lain."
"Apa maksud abah? Luq tak faham, dah kenapa Kiara kena kahwin dengan Adrian? Abah tahu yang Kiara dengan Adrian tu kalau bercakap pun benda penting je, kawan setakat gitu-gitu je. Adrian pula, abah tahu perangai dia macam mana. Kesian Kiara nanti. Kalau dengan Nia, Luq tak kisah sebab Adrian layan Nia dengan baik. Tapi Luq tak rasa yang Adrian akan layan Kie macam mana dia layan Nia."
Tuan Luqman menyambung, "Memang Kie tu anak buah Luq, tapi dia anak Luq juga. Luqman yang tengokkan dia, yang jaga dia sama-sama dengan Abah. Luqman sayang dia macam anak Luqman. Abah tak fikir perasan Kiara? Perasan Nia? Luq tahu Abah sayangkan Kie lebih dari Farrel dan Nia-"
Tuan Adam memotong, "Apa yang abah buat bukan sebab aku sayangkan Kie lebih dan aku tak sayangkan Rel dan Nia. Abah sayang ketiga-tiganya semua sama. Kalau Abah dah tak ada nanti, siapa nak jaga Kie? Farrel busy, Luq? Luq pun sama, busy uruskan keluarga sendiri dan dengan company lagi. Mak kau? Mak kau benci dengan Kie. Hidup aku dah tak panjang Luq dan dalam banyak-banyak nyawa, Kie paling tak selamat sebab dia anak Aariz. Luqman tahu yang selama ni, Aariz sahaja yang buat kerja ni semua dengan abah. Bila dia tak ada, dia ada musuh. Tak termasuk lagi dengan musuh abah yang nak kenakan korang semua."
Memang selama ni, Tuan Luqman memang tidak masuk campur dengan hal-hal ini semua. Semuanya Tuan Aariz dan Tuan Adam sahaja. Bila Tuan Aariz tiada, Tuan Haiqal menggantikan tempatnya, ayah Adrian. Dan sekarang, bila Tuan Haiqal juga sudah tiada, Adrian pula yang menggalas tugasnya.
"Ini untuk Kie Luq. Tolong pujukkan Nia untuk abah."
"Kiara dan Adrian macam mana?"
"Tahu lah abah nak cakap macam mana nanti."
"Kalau diaorang tak nak dengar?" Soal Tuan Luqman lagi.
"Abah akan buat sampai mereka dengar."
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romance[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
