10

59.5K 3.3K 754
                                        

Terduduk semua apabila mendengar penjelasan dari Doktor Raheem, doktor peribadi Adam Kamil.

Nia menyandarkan kepalanya ke bahu Kiara dan Nia menggenggam erat tangan Kiara.

"Aku takut Nia. Tok abah je yang aku ada."

"Shh." Pantas Nia memeluk Kiara erat. Nia yang sedang menangis itu memujuk Kiara yang juga turut bersedih, "Aku ada, semua ada. Kau jangan takut ya?"

Tuan Adam menghidap penyakit paru-paru berair, tetapi disebabkan usianya yang sudah tua, dia tidak dapat melakukan pembedahan.

"Kie, Nia." Tuan Luqman memanggil mereka berdua.

"Papa..." Sahut mereka berdua serentak.

"Sini.." Pantas Kiara dan Nia pergi ke arahnya. Mereka berdua memeluk Luqman erat. "Apa-apa jadi, papa janji akan jaga kamu Kiara. Kamu anak papa. Ingat tu."

Kiara mengangguk perlahan dalam dakapan itu. "Insyaallah, tok abah will survive." Pujuk Tuan Luqman.

Farrel pula bersama mommy dan maktok di dalam bersama tok abah.





"Kau nak Keith mati ke Zander?!" Zayyan pergi ke arah kawan-kawannya.

"Zayyan." Zander terus bangkit dari badan Keith dan Zayyan berjalan ke arah mereka. Dilihatnya Keith yang sudah terbaring lemah di atas lantai. Dia menghulurkan tangan buat Keith. Keith bangun dengan bantuan Zayyan dan Hayyaz.

"Kau okay?" Soal Zayyan perlahan.

Keith hanya mengangguk perlahan dan mengelap sedikit darah di mulutnya. Adrian pergi ke arah Keith.

"Dree..." Keith memanggilnya perlahan.

"Jangan tunjuk muka kau depan kitaorang lagi." Setelah itu, Adrian memandang wajah rakannya yang lain, "Jom." Sambung Adrian dan ingin keluar dari rumah itu.

"Dree kejap." Keith memegang tangan Adrian.

"Apa lagi Keith? Sudah lah. Kalau bukan Zander yang bunuh kau, aku yang bunuh kau nanti." Balas Adrian dan menepis kasar tangan Keith.

Semua mengikut Adrian keluar dari rumah itu kecuali Zayyan.

"Zayyan cepatlah!" Jerit Rafael dari luar rumah.

"Pergi lah, aku okay." Balas Keith sambil tersenyum sedikit. Agak susah mahu senyum, mukanya sudah mula terasa sakit dan pedih akibat tumbukan Zander tadi. Memang Zander benar-benar melepaskan marah dan geramnya yang sudah bertahun dia simpan terhadap Keith.

"Aku rindu kau gila! Kau pergi mana bodoh?!" Pantas Zayyan memeluk Keith.

"Pergi Zayyan, nanti Dree marah."

"Semua orang rindu kau! Kau memang tak guna lah K!" Kata Zayyan yang masih memeluk Keith.

"Zayyan, lebih baik kau keluar sekarang. Nanti Zander-"

"Zayyan!!!" Jerit Harraz pula dari luar.

"Dengar tu, tak apa. Aku okay je. Kau jaga makan tau? Kau ni tak sihat lagi."

Adrian Kiara: Her Guardian Angel Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang