66

74K 3.6K 733
                                        


"Aku ada masakkan favourite food kau, spaghetti alio alio."

Kiara yang sedang menonton kartoon Handy Manny di dalam bilik Adrian itu toleh memandang Adrian yang sedang datang ke arahnya.

Kiara tak gelak.

Sah, mesti hambar.

Adrian ketawa sendiri, taknak bagi awkward sangat.

Kiara masih tak gelak. Respon pun tak, muka dia pun tak bereaksi.

Kerana terasa diri bodoh, dia berhenti gelak. Macam orang gila je.

"Baby Kie nak Rian suap ke makan sendiri?" Adrian ambil tempat duduk disisi katil.

Haah, sengaja Adrian masakkan spaghetti untuk Kiara walaupun dia tahu, orang sakit mana makan spaghetti. Orang sakit makan bubur.

Ah! Kisah apa Adrian? Dia yang nak masak, ikut dia lah nak masak apa.

Lagipun, dia tak nak Kiara bosan asyik makan makanan orang sakit.

Disebabkan Kiara diam, Adrian menyambung, "Okay lah, sebabkan kau tak jawab, aku suapkan kau. Okay?"

Kemudian dulang itu dia letakkan di tepi meja. Matanya memandang skrin televisyen.

Aik? Kenapa Kiara tengok kartoon?

"Kau...Kau tengok cartoon?" Adrian memandangnya tidak percaya.

Kiara yang tadi memandang skrin televisyen kini memandang Adrian apabila Adrian berkata begitu.

Kenapa? Salah ke tengok kartoon? Hina ke?

Terus laju matanya berkaca. Entah kenapa, dia terasa.

Bukan serious sangat pun Adrian tanya. Dia cakap pun sekadar bertanya.

Terus kabut Adrian dibuatnya, "Eh eh," Tangan Kiara itu Adrian pegang, "Kenapa nangis ni? Aku salah cakap ke?"

Terus laju Kiara menarik tangannya dari terus dipegang oleh Adrian. Jelas menunjukkan yang dia marah sama Adrian.

Adrian senyum segaris, "Aku tanya je lah. Bukan tak kasi tengok, kau ni pun." Adrian geleng lalu ketawa kecil.

Lagi marah Kiara dibuatnya. Lawak ke? Dia tak buat lawak pun.

"Hmmmmm!" Katanya sambil memandang Adrian tajam. Tangannya menghentak selimut.

Adrian disebelah memandangnya tidak berkelip, dah kenapa pula Kiara marah ni?

"Okay okay sorry. Aku minta maaf okay?"

Kiara memberikan dia jelingan maut.

"Amboiiii, main jeling jeling ya baby Kie Dree ni." Sempat hidung Kiara itu Adrian cuit.

Terus Kiara memandangnya semula. "Apa you cakap?"

Bilik yang sejuk itu bertambah sejuk.

Kata kata Kiara yang bersalut ais dingin beserta pandangan mata yang tajam itu tiba tiba menakutkan Adrian Muqriz.

Kejap eh kejap. Dia ada salah cakap lagi ke?

"T-Tak ada apa apa. Mana ada cakap apa."

Wajah beku Kiara memandang Adrian. "Jangan guna panggilan nama tu lagi. Benci."

Adrian hanya diam. Intonasi Kiara sungguh serius. Dan itu juga kali pertama Kiara bercakap panjang dengannya sewaktu dia sakit. Selalunya dia hanya "Hm" kan aje atau dia geleng atau angguk.

Kiara maksudkan panggilan nama yang mana satu? Banyak sangat dia bagi nama panggilan untuk Kiara, sampai dah tak tahu mana satu.

"Mana satu? Baby Kie?"

Adrian Kiara: Her Guardian Angel Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang