play the song later.
take a deep breath.
welcome to the world war II.
enjoy.
Adrian hanya diam seketika sebelum dia mengangguk kecil. "Okay, sorry."
Adrian bangun dan sebelum itu, dia sempat mengucup lembut dahi Kiara buat beberapa saat. "Saja je kacau kau tengok tv. Sambung lah tengok tv kau."
"Jangan tidur lambat okay?"
Kepala Kiara itu dia kusutkan, "Goodnight budak kecik. Rian love you."
Setelah itu, dia terus naik ke atas.
Terpinga pinga Kiara dibuatnya.
Hilang sahaja Adrian, Kiara dengan cepat bangun dan duduk secara tegak.
Lama dia diam.
Terkejut.
Kepala digelengkan, "Dah dah, tak payah jatuh. Dia sengaja je buat macam tu."
Kemudian dia angguk, "Yes, dia sengaja je. Tak ada makna pun."
Dia menutup kedua matanya, kepala digelengkan lagi, "Phewww kus semangat."
"Dah apahal mamat sorang ni tersengih macam orang gila? Kau tak ada kerja ke?" Zander menepuk kuat meja kerja Adrian.
Terus berubah wajah Adrian apabila dikacau begitu.
Pantas sahaja matanya memandang Zander tajam, "Kau apahal ha?"
Zander ketawa kecil, "Kau tu ha yang kenapa? Angau ke?"
Adrian jeling, "Biar lah. Dah keluar, aku nak buat kerja."
Zander geleng, "Tak boleh. Aku ada benda nak cakap. Sebab tu aku datang sini, kalau tak dah lama aku dekat Cyrex."
Adrian kembali serius. Dia duduk secara tegak, "Kenapa?"
"Aku pelik sikit. Haritu time Lazo kacau business shark dekat Dubai, dia sempat lari dari kita. Lepas tu bulan lepas dia kacau Lex dekat Italy, dia sempat lari lagi. Kita hanya dapat tangkap budak budak dia je.
"Apa yang cuba kau sampaikan?" Soal Adrian. Dia lebih suka straight to the point.
"Kau tak rasa ke macam ada orang bocorkan maklumat?"
Zander menyambung, "For me, dia sengaja untuk kacau kacau kita as a wake up call. Meaning, ada benda lagi akan jadi. Dia nak kita tahu yang dia tengah aim kita. And aku rasa, dia sengaja tinggalkan tiga orang budak dia dekat Italy untuk kita tangkap supaya budak dia akan bagitahu kita pasal benda yang dorang cakap haritu."
Zander menarik nafas panjang sebelum menyambung, "And, aku rasa ada orang yang bagi maklumat dekat Lazo. Sebab tu setiap kali kita datang, dia sempat chau dulu."
Adrian angguk kecil.
"Tapi siapa pula-"
"Keith?" Potong Zander.
"Keith? Kau syak Keith?" Soal Adrian meminta kepastian.
"Aku bukan lah nak kata dia yang buat tapi...dia ada rekod khianat kita."
Adrian diam seketika.
Kepala digelengkan setelah lama dia diam berfikir, "Aku tak rasa Keith." Zander itu dia pandang, "Keith kawan kita, dia takkan-"
"Dulu time Dragon pun kau backup dia bila aku cakap macam ni. But last last, perut kau tu berparut dia buat." Potong Zander.
Adrian diam.
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romance[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
