play the song later
"Kie..."
Kiara yang masih lagi termenung diatas katil itu langsung tidak ada rasa mahu menoleh sedikit pun ke arah Adrian yang memanggilnya.
Adrian berjalan selangkah demi selangkah. Dia berdiri di sebelah Kiara. "Aku dah nak pergi ni."
Masih lagi sama, Kiara langsung tidak hiraukan dia.
Adrian tahu yang Kiara marah tetapi dia perlu ke sana. Itu kerjanya.
"Kie, jom lah teman aku sampai luar, hm?"
Kiara menoleh memandang Adrian. Lama dia tenung, tiada apa apa reaksi di wajahnya.
"Sekejap je. Aku tak ambil lama pun masa kau. Teman aku sampai luar eh?" Pinta Adrian lagi.
Kerana tiada jawapan, Adrian memegang tangan Kiara. Kiara terbangun dari katil dan mengikuti setiap langkah Adrian namun dengan laju Kiara menarik kasar tangannya dari terus dipegang.
Nak sangat pergi sana kan? Pergi je la! Marah Kiara dalam hati.
🎶🎶🎶
Adrian berpusing memandang Kiara, "Sayang..."
Kiara hanya berdiri statik dihadapan Adrian.
Adrian merapatkan dirinya dengan Kiara, "Kau tak nak teman aku ke? Aku dah nak pergi ni." Kata Adrian dengan intonasi yang sedih.
Adrian menarik nafas panjang panjang, tak apa lah kalau macam tu.
"Kie...Aku nak cakap sikit ni," Tangan Kiara diraih.
Apabila Kiara ingin menolak tangannya, laju saja Adrian bersuara, "Sekejap je Kie. Lepasni aku tak kacau kau dah."
Mendengar Adrian berkata begitu, Kiara membiarkan saja.
Adrian menyambung, "Aku nak cakap yang aku sayang kau."
"Aku nak cakap yang aku sayang kau sangat sangat Kiara."
"Aku nak minta maaf dengan kau untuk selama beberapa bulan kita kahwin."
"Aku tahu, aku seorang suami yang teruk. Aku banyak buat salah dengan kau. Aku banyak buat kau terasa, buat kau menangis."
"Believe it or not, aku buat semua tu kerana kau. Aku tak nak kau sakit bila kau tahu siapa diri aku yang sebenar. Dan disebabkan itu, aku tak benarkan kau jatuh cinta dengan aku."
"Ya aku tahu. Aku tahu aku tak boleh jadikan alasan tu untuk layan kau dengan teruk."
"Dan aku juga silap. Aku tak kurangkan sakit kau, aku semakin sakitkan kau."
"Dan terima kasih Kiara. Terima kasih kerana kau masih dengan aku sekarang, masih ada depan mata aku sekarang walaupun aku tahu; aku tahu kau dah tak ada hati untuk aku."
Adrian senyum segaris, "Tak apa, kau tak salah. Semua salah aku."
Kiara dari tadi hanya menunduk. Menahan sebak di dada.
Adrian perlahan lahan mengangkat dagu Kiara dengan satu jarinya.
Jelas melihat empangan air mata Kiara.
Adrian senyum, "Kau tak ada apa apa nak cakap dengan aku ke sebelum aku pergi?"
Masih diam dan Kiara menunduk semula. Hatinya sakit, dia tidak mahu Adrian pergi.
"Pandanglah aku sayang. Nanti aku rindu nak tengok muka kau."
Adrian melekapkan satu tangannya di pipi Kiara agar Kiara memandangnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romance[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
