"Hm okay papa, bye." Kiara mematikan panggilan telefon. Dia menghubungi Luqman, memberitahu dia baik-baik sahaja di rumah Adrian.
Setelah pulang dari kubur, Kiara duduk di atas sahaja, tidak turun.
Perlahan-lahan Kiara masuk ke arah ruangan dapur, "Aunty..." Panggil Kiara lambat-lambat. Puan Khatijah menoleh, "Eh Kiara," Puan Khatijah senyum, "Nak apa-apa?"
Kiara datang menghampirinya yang berada di tepi sinki itu, "Aunty buat apa ni? Masak eh?"
"Haah, nak masak makan malam."
"Aunty nak masak apa tu?" Soal Kiara lalu melihat isi dalam periuk.
"Today aunty masak gulai ayam, favourite Mel." Jawab Puan Khatijah lalu mengacau kuah gulai.
"Ohhh," Kiara mengangguk lalu melihat sekeliling dapur, "Mel mana?"
"Keluar dengan kawan, nanti dia balik."
Kiara mengangguk lagi. Kemudian dia memandang Puan Khatijah, "Aunty, boleh tak kalau Kie nak tolong masak juga?"
"Tolong masak? Tak payah lah Kie, Kiara duduk je dekat-"
"Please aunty?" Kiara memotong cakapnya dengan nada memujuk, "Kie tak pernah tolong masak. Mama dah lama tak ada, maktok tak pernah luang masa dengan Kiara. Tok abah pula tak kasi Kiara buat kerja rumah. Mak Piah tak pernah bagi Kiara tolong sebab kena dengar cakap tok abah. Kiara tak pernah tolong dekat dapur, Kie nak juga tahu macam mana nak masak. Aunty izinkan Kie tolong ya?" Pintanya sopan.
Puan Khatijah senyum manis, "Okay, kalau macam tu Kiara tolong aunty potong cili ni sikit ya? Adrian suka pedas."
"Boleh boleh!" Terus laju dia mengangguk.
Tidak tahu bagaimana, bibir yang jarang mengukir senyuman itu tiba-tiba tersenyum tipis melihat adegan mesra Kiara dan ibunya. Walaupun ia hanya segaris senyuman yang tidak bermakna apa, namun bukan senang untuk lelaki seperti Adrian tersenyum kerana perkara sebegitu.
Baru sahaja dia ingin naik ke atas semula namun pergerakkannya terhenti saat Amelia berdiri tepat dibelakang sambil menyilang tangan di dada, "Tengah skodeng bakal isteri ke?" Soal Amelia yang baru sahaja pulang dari pusat membeli belah.
Adrian menunjukkan muka toya kepada adiknya, "Bakal isteri apanya? Bakal menyusahkan hidup aku ada lah." Selepas itu, terus dia mengatur langkah ke arah tangga.
Amelia memandang belakang melihat bayang-bayang abangnya berlalu pergi, "Dia ni kan, kalau cakap tak sakitkan hati tak sah." Gumam Amelia perlahan.
"By the way aunty, apa makanan favourite Rian?" Soal Kiara tiba-tiba.
"Aik? Kenapa tanya?"
Kiara geleng perlahan, "Kie saja je tanya." Jawabnya lalu mengambil mangkuk dan meletakkan cili yang sudah dibuang tangkainya tadi.
"Adrian suka makan daging. Sebabkan aunty masak favourite Mel today, tu yang aunty ingat nak buat daging cili besar untuk Rian."
Kiara mengangguk faham dan tiba-tiba suara perempuan dari belakang membuatkan dia menoleh.
"Umi!"
"Dah balik dah Mel?" Soal Puan Khatijah.
"Dah mi." Amelia mengangguk dan kemudian menoleh memandang Kiara, "Hi Kie."
"Hi Mel." Balas Kiara mesra dan senyum.
"Mel, nanti Kiara akan guna baju Mel tau, share share dengan Kie okay?"
Amelia mengangguk, "Hm okay mi. Mel naik atas dulu, nak mandi."
Amelia kemudian berlalu pergi dari dapur.
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romance[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
