65

75.7K 3.7K 264
                                        


Kiara berpusing ke kanan apabila sinaran cahaya matahari mula menganggunya untuk tidur. Mata dibuka perlahan lahan. Bilik dia kosong.

Selimut yang hanya paras pinggang itu dia tarik sehingga ke bahu, sejuk.

Tangannya diangkatkan perlahan lahan dan leher dipanjangkan untuk mencari remote penghawa dingin di meja yang agak tinggi sedikit dari katilnya.

Akibat tangannya yang meraba raba itu, segelas air kosong jatuh ke lantai. Pecah.

Kiara terus menutup kedua telinganya apabila bunyi gelas kaca yang retak dan pecah itu bingit sehingga telinganya berasa sakit.

Adrian yang tadi di bilik air membasuh muka laju saja mengatur langkah ke katil Kiara. "Kie? Kau dah bangun?"

Terkejut Adrian saat melihat serpihan serpihan kaca mula menghiasi lantai bilik itu.

"Kie... Kenapa ni sayang? Kau nak air ke?"

Kiara memandangnya saat Adrian mula mendekati.

Dia melihat sekeliling bilik itu. Tiada orang.

Sah.

Hanya mereka berdua saja yang ada.

"Kau nak apa?" Adrian duduk disisi katilnya yang disebelah kanan.

Baru saja tangan Adrian mahu membelai rambutnya, Kiara berpusing ke kiri, membelakangi Adrian.

"Kie..." Panggil Adrian perlahan dibelakang, "Jangan lah macam ni dengan aku."

Adrian kemudian menekan butang kecemasan. Setelah beberapa minit menunggu, seorang jururawat perempuan datang.

"Ya Tuan?"

"Ada kaca pecah. Tolong bersihkan and masukkan sekali dalam bil."

Jururawat yang bertugas itu mengangguk faham, "Baik Tuan. Saya akan panggilkan pekerja untuk bersihkan." Setelah itu, jururawat itu perlahan lahan menutup pintu bilik Kiara dan tinggalah mereka berdua lagi sekali di dalam bilik.

Adrian menoleh memandang Kiara semula. Badannya menggigil sedikit, dia sejuk ke?

Adrian bangun dan menutup suis penghawa dingin. "Kau sejuk ya?"

Adrian berjalan dan menarik kerusi dihadapan Kiara. Kali ni disebelah kiri. "Aku dah tutup aircond. Dah tak sejuk. Okay?"

Kiara terus membelakangi Adrian lagi sekali. Dia berpusing ke arah kanan semula.

Adrian tersenyum tipis dibelakang. Dia perlukan banyak kesabaran, lagi lagi dengan keadaan Kiara yang sekarang ni.

"Kie, aku tak sempat beli breakfast lagi," Jam tangan dikerling, sudah pukul lapan. "Kalau aku turun kejap pergi cafe dekat bawah boleh? Ke kau just nak makan makanan hospital?"

Tiada jawapan.

Adrian menarik kerusi agar lebih rapat dengan Kiara walaupun pandangannya hanyalah belakang badan isterinya sahaja.

"Baby Kie nak apa apa tak? Nak air panas? Milo ke? Nak?"

Kiara angguk.

Adrian dibelakang senyum lebar. Kali pertama Kiara respon terhadapnya. "Baby Kie nak apa sayang?"

"Mama." Jawabnya perlahan dengan suara yang pecah.

Adrian kembali terdiam.

Dia bangun dari kerusi, pergi kesebelah kanan.

"Baby Kie Rian ni nak jumpa mama ya?" Adrian senyum, "Nanti Rian bawa Kie jumpa mama ya sayang?"

Baru sahaja Kiara ingin menukar posisi lagi, selimut ditarik oleh Adrian, "Baby Kie jangan lah macam ni dengan Rian. Baby Kie tak kesian dekat Rian ke, hm?"

Adrian Kiara: Her Guardian Angel Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang