"Rian...Nak telur tu sikit." Pinta Kiara lemah lembut. Kiara dah sihat tiga hari lepas. Sekarang ni hari minggu. Seperti biasa, Adrian yang akan masak buat mereka.
Adrian memotong telur dadar buat Kiara, "Nah."
Kiara senyum. "Thanks Rian."
Selepas habis sahaja makan tengah hari, Kiara mahu naik ke tingkat dua, nak sambung tengok cerita Nevertheless!
Ding Dong
Adrian pandang Kiara, Kiara pandang Adrian. Baru sahaja mereka berdua mahu naik ke tangga. Adrian mahu menyambung semula kerjanya yang tertangguh.
Adrian pergi membuka pintu.
Buka buka sahaja pintu, muncul enam lelaki kacak dihadapan rumahnya.
"Buat apa datang sin-"
"Saja." Selamba sahaja Zander menjawab. Langkah terus diatur dan masuk ke dalam rumah agam Adrian.
Adrian memberi ruang buat yang lain masuk.
Kiara pula hanya lihat kesemua kawan Adrian masuk ke dalam rumah. Kiara menghampiri Adrian, "Rian kenapa dorang selalu datang sini?"
"Diorang pengemis, sebab tu selalu datang rumah kita." Balas Adrian selamba.
"Rumah kita." Harraz mengajuk semula ayat Adrian tadi.
Kiara berpaling melihat Harraz. Kemudian dia memandang Adrian, "Rian I tak suka dia. Dia kejap baik, kejap tak." Ayok Kiara mengadu.
"Siapa?" Adrian mengangkat kening memandang Kiara.
"Tu yang asyik pakai hoodie tak habis habis." Kiara menunding jari ke arah Harraz, "Cakap macam nak ajak gaduh."
Keith tergelak kecil, "Dia ingat dia duduk Korea kot asyik nak pakai hoodie." Sempat Keith membahan Harraz.
"Tapi I suka dia." Kemudian Kiara menunding jari ke arah Keith.
Zander memandang Kiara tidak percaya, "Ni? Kau suka Keith? Aku rasa macam nak hempuk je kalau duduk sebelah dia." Zander menjeling ke arah Keith. Tak suka pun duduk sebelah sebelah juga.
Kemudian Kiara memuncung ke arah Zander, "I pun tak suka dia. Kepala angin." Sempat juga dia kutuk Zander depan depan.
"Eh perempuan!" Zander memandangnya geram.
"Rian tengok dia. Dia marah I." Terus laju Kiara menyorok dibelakang badan Adrian.
"Zander." Adrian memandang wajah Zander dengan mata dikecilkan.
Zander jeling. Tak habis habis nak menangkan Kiara!
Adrian toleh memandang Kiara dibelakang badannya, "Kie kau boleh tolong aku?"
"Apa?" Tanya Kiara.
"Buat kan aku air."
"Nak air apa?" Soal Kiara lagi.
"Air love you satu." Sampuk Rafael perlahan.
Kemudian Kiara beralih pandangan memandang Rafael, "I suka dia tapi dia gatal kadang kadang."
Yang lain menahan gelak apabila mendengar Kiara kata begitu.
Adrian geleng kepala. Kemudian dia memandang Kiara, "Kau tak payah suka sesiapa, kau suka aku je. Dah pergi buat air."
Kiara mengangguk kepala dan berjalan ke arah dapur untuk membancuh air buat abang Rian tercinta.
Setelah beberapa minit, Kiara datang semula bersama mug di tangan buat Adrian. Mug itu dia letakkan di meja kecil sebelah sofa single yang diduduk oleh Adrian.
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romance[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
