25

62.5K 3.6K 1.2K
                                        

Adrian mengetuk pintu bilik Kiara banyak kali tetapi langsung tiada suara Kiara yang menyahut. Malas mahu menunggu lebih lama, tangannya terlebih dahulu menguak pintu bilik Kiara dan masuk ke dalam.

"Kiara bangun." Adrian berjalan ke arah katil. Tiada sahutan. Hanya ada sekujur tubuh Kiara yang sedang berbaring dan satu badannya menyelubung di dalam selimut.

"Kiara, aku kata bangun. Kau ingat kau puteri raja ke sampai aku nak kejutkan masuk bilik?" Kata Adrian lagi sambil kedua tangan disilangkan di dada. Dia berdiri tepat-tepat disisi katil Kiara, melihat Kiara yang sedang tidur mengiring itu.

"Kiara, bangun lah. Dah pukul 12. Anak dara apa kau ni?"

Kiara menutup kedua telinganya, "Pergi lah, jangan kacau."

"Aku kata bangun," Adrian terus menarik selimut Kiara. Tak faham ke orang suruh bangun?

"Apa ni!!!" Jawab Kiara geram lalu menolak kasar tangan Adrian. Kiara memandang wajah Adrian dihadapannya, "Tak ada adab ke? I kacau you ke kalau I tidur?" Katanya dengan nada marah.

Adrian yang tadi marah kerana Kiara bangun lambat kini tidak lagi apabila melihat wajah Kiara yang sembab itu, "Kau kenapa ni? Asal dengan mata kau?"

Soalan Adrian tidak berbalas malah dia menarik selimut, mahu menyambung tidur kerana semalam dia tidur lewat akibat menangis sepanjang malam.

"Aku tanya," Adrian menarik tangan Kiara lagi sekali agar Kiara memandang wajahnya kembali, "Asal dengan mata kau?"

"You ni boleh tak jangan kasar-kasar?" Marah Kiara lagi, "Biarlah, mata I bukan mata you. Yang you sibuk kenapa? Keluar sana."

"Aku tak suka tanya banyak kali. Bila aku tanya, jawab." Balas Adrian tegas. "Siapa buat kau?"

Kiara yang masih berada diatas katil itu memandang wajah Adrian dalam-dalam. Dia mengeleng kepala, menandakan dia baik sahaja walaupun sebenarnya tidak.

Adrian melepaskan keluhan kecil, "Kenapa ni?" Soalnya lembut sedikit dari tadi. Sikit je lembut, tak banyak.

Kiara geleng lagi lalu menunduk, menahan dirinya dari menangis.

"Siapa buat kau?" Tanya Adrian lagi.

You, Jawab Kiara dalam hati. Kata-kata Adrian malam semalam membuatkan Kiara teringat pada arwah mama, daddy dan tok abahnya. Kini, dia sudah tiada siapa lagi. Tiada siapa lagi yang akan mempertahankan dia. Jika tok abah masih ada, sudah pasti dia sudah mengadu tentang hal semalam kepada Tuan Adam.

"Turun. Yang lain semua tunggu kau nak makan." Setelah itu, Adrian berpaling dan ingin turun ke bawah semula.

"Rian." Panggil Kiara dibelakang.

Adrian toleh.

Kiara diam dan saat melihat wajah Adrian, tidak tahu mengapa air mata yang tadi ditahan kini turun jatuh ke pipi.

"Kau asal ni?" Adrian datang semula ke arahnya.

"B-Boleh tak you peluk I sekejap? Sekejap je." Pinta Kiara perlahan.

Adrian diam beberapa saat dan tidak berinjak.

Kiara angguk faham. Tahu lah dia yang Adrian tak nak. "Okay takpe." Dia mengelap air matanya, "You turun lah," Kiara turun dari katil, "I nak pergi toilet, nanti I turun bawah."

Saat Kiara melepasi Adrian untuk ke bilik air, Adrian bersuara, "30 saat je." Katanya sambil memandang Kiara.

Kiara geleng, "Tak apa, you turun lah."

Tangan Kiara yang ingin memulas tombol pintu bilik air itu Adrian pegang dan dia memusingkan badan Kiara untuk menghadapnya, "30 saat kau start dari sekarang." Adrian memeluknya.

Adrian Kiara: Her Guardian Angel Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang