"Okay macam ni, kau, kau dengan- eh mana Zayyan?" Soal Zander apabila melihat Zayyan tiada.
"Toilet." Balas Harraz sepatah.
Zander angguk. "Okay kalau macam tu tak payah ada dia. Kau, kau dan kau," Dia tunjuk ke arah Rafael, Hayyaz dan Harraz, "Korang berdiri belah kiri."
"Aku dengan Keith belah kanan."
Yang lain angguk.
Habis sahaja mengambil tempat masing masing di sisi katil Kiara, Zander menyambung, "Okay. Aku cakap satu, dua, tiga, kita jerit good morning eh?"
Yang lain angguk lagi.
Takpelah, sekali sekala gang mafia nak bergurau manja.
"Okay cool, satu...dua..."
Tak habis kira, yang lain sudah jerit.
"Good morning Kie!!!!"
"Asal kau ni?" Soal Adrian sambil mengangkat kening sebelah. Pelik je si Zayyan ni.
Zayyan menarik nafas panjang panjang, "Sebenarnya...Sebenarnya aku yang ambil fail group white shark."
Terus berubah wajah Adrian mendengarnya.
Sumpah dia tidak sangka. Zayyan? Orang kuatnya sendiri?
Melihat wajah Adrian yang sudah berubah itu, Zayyan terus duduk melutut, "Aku buat bersebab Dree."
Adrian masih lagi berdiri statik. Sungguh dia tidak percaya bahawa Zayyan yang mengambil fail itu.
Kerana fail itu, hubungan dia dengan Kiara jadi renggang. Kerana fail itu, Kiara sakit.
"Apa kau cakap ni Zayyan?" Dingin dia membalas.
Zayyan menuduk, "W-White shark yang suruh."
Adrian berjalan ke arah Zayyan. Kolar baju Zayyan ditarik sehingga menyebabkan Zayyan terbangun.
Zayyan ditolak kasar sehingga ke dinding, "Apa yang kau cakap ni hah?!!!" Dia mencengkam kuat leher Zayyan.
"Kau pura pura tak tahu selama ni?!" Jerit Adrian lagi.
"W-White shark suruh." Tangannya memegang tangan Adrian, meminta belas ihsan Adrian untuk melepaskan cengkaman di leher.
"S-Shark suruh aku ambil dari Max...I-Itu je y-yang aku tahu."
"Shark nak buat apa dengan benda tu?! Dia yang suruh aku simpan!"
"T-Tak tahu Dree. Sum-sumpah."
Cengkaman tangan dilepaskan.
Laju saja Zayyan memegang lehernya yang berasa pedih dan sakit itu.
"Good morning Kie!!!!"
Kiara yang lena tidur itu terkejut lalu telinganya ditutup dengan tangan apabila dia terdengar bunyi bising.
Mata dibuka perlahan lahan. Dia bersandar di birai katil.
Matanya digosok perlahan lahan lalu memfokuskan penglihatannya.
Wajah seorang demi seorang dia tatap.
Terus dia terkejut apabila kesemua kawan Adrian berada di depan mata.
Takut.
"Hi Kie. How are you today? Feeling better?"
Kiara menoleh ke arah suara itu. Keith yang menegur.
Dia tidak membalas.
"Baby dah rasa sihat sikit dah?" Tanya Rafael pula.
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romance[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
