"Don't ask." Katanya dan terus masuk ke dalam, meninggalkan yang lain.
Hayyaz memandang Rafael, "Amacam? First time kena reject, sakit tak?"
Yang lain sakan menggelakkan Rafael.
Rafael berdengus geram, "Ah diam lah!"
Mereka masuk ke dalam.
Harraz meletakkan beg plastik yang berisi nasi arab di atas meja makan.
"Aku nak pergi ambil pinggan." Kata Adrian lalu yang lain mengangguk.
Zander memandang sekeliling.
"Kau cari apa?" Soal Keith apabila dia melihat mata Zander melilau seakan akan mencari sesuatu.
"Kie." Dia berpaling memandang Keith, "Mana dia? Dia tak nak makan sekali ke?"
Hayyaz yang sedang mengeluarkan bekas nasi arab dari plastik itu ketawa kecil, "Dah sejak bila kau kisah pasal dia?"
"Kau lupa ke yang Zander pun dah sunyi. Dia tengah survey nak cari makwe." Sampuk Rafael.
"Eleh, setakat girlfriend, ramai je nak aku," Katanya lalu berjalan ke arah meja makan, "Aku je yang reject semua."
"Tak laku tu cakap je lah." Celah Harraz perlahan.
Terus saja Zander memandangnya, "Kau diam lah! Jadi je pendiam, tak payah sibuk sibuk nak berdialogue."
Adrian datang dengan beberapa pinggan di tangan bersama Zayyan yang membantu Adrian membawa gelas buat mereka semua.
"Kie mana?" Zayyan memandang yang lain.
Semua mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Pergi panggil dia." Bahu Rafael ditolak oleh Hayyaz.
"Tak nak!" Balas Rafael lalu menyilangkan tangan di dada.
Adrian letakkan pinggan di meja, "Kalau macam tu biar aku yang-"
"Takpe, biar aku yang panggil." Potong Keith.
Kawan kawan mereka memandang keduanya silih berganti.
Ha sudah.
"Ha pergi lah pergi," Zander menolak sedikit badan Keith dari belakang.
"Kau sini, tolong hidangkan lauk." Kata Zander kepada Adrian.
Keith angguk dan menaiki tangga untuk memanggil Kiara makan.
Pintu bilik Adrian diketuk, "Kiara, jom makan. Kitaorang tengah tunggu you."
"You cakap dengan siapa?" Soal Kiara yang baru keluar dari bilik sebelah.
Keith dengan cepat memusingkan badannya, "Eh? You tak- oh em takpelah, jom turun." Mungkin Adrian dan Kiara tidak tidur sebilik, dan dia tidak mahu menyibuk.
Kiara selangkah demi selangkah datang ke arahnya.
"Kita makan, jom." Ajak Keith lagi.
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romansa[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
