89

82.9K 3.7K 2.1K
                                        


"Kenapa dengan saya doktor? Something serious?" Tanya Adrian dengan penuh gemuruh.

Kiara disebelah mengangguk, menandakan yang dia pun mahu tanya soalan yang sama.

Mata Adrian dan Kiara tidak lepas dari memandang wajah doktor dihadapan mereka.

Reaksi doktor Yusof yang hambar dihadapan mereka itu menakutkan Adrian dan Kiara. Kenapa? Ada apa apa jadi sama Adrian ke?

"Macam ni Encik Adrian," Doktor Yusof menarik nafas panjang, "Setelah pemeriksaan yang telah kami lakukan, kami dapati yang Encik Adrian hanya..."

"Hanya apa doktor?" Tanya Adrian dengan penuh sabar.

Doktor Yusof menunduk, "Saya minta maaf, Encik Adrian hanya tinggal beberapa bulan saja lagi." Katanya dengan perlahan dan nada yang sayu.

Dan terus jatuh air mata Kiara. Kiara memandang Adrian disebelah. Tak, dia pasti salah dengar. Adrian tak boleh pergi.

Kiara memandang doktor Yusof, "Doktor seriuslah? Jangan lah main main." Kata Kiara sambil menangis.

Adrian memegang tangan Kiara disebelah, dia mengeleng perlahan, "Kie..."

Kiara yang sedang beremosi itu pandang Adrian, "No! Tak boleh!"

Dia pandang doktor Yusof, "Dok tipu kan? J-Jangan lah ambil Adrian saya..." Katanya dengan sedih.

Adrian disebelah terus memeluk Kiara, "Kie, jangan macam ni. Hm?"

Kiara geleng kepala perlahan lahan, "Rian dah janji tak nak tinggalkan Kie." Katanya dalam tangisan dan esakan.

Doktor Yusof mula rasa bersalah, tak pernah dia nampak pasangan yang seperti ini.

"P-Puan Kiara-" Baru sahaja doktor Yusof mahu menenangkannya, Kiara sudah memotong.

"Doktor diam! Sampai hati doktor nak ambil Adrian! Saya tak pernah buat apa apa pun dengan doktor, kenapa doktor tak boleh selamatkan suami saya?!"

"Kiara, shhh." Adrian menggosok belakang badannya.

Doktor Yusof mengeluh kecil, "Haish, ini semua salah Puan. Kalau Puan tak mengada nak-"

Dan dengan itu, serentak Adrian dan Kiara toleh dan memandang doktor Yusof,

"Apa doktor cakap? Salah saya?!" Soal Kiara tidak puas hati.

Kiara toleh memandang Adrian, "Tengok doktor tu Rian, dia kata salah I-"

"Ye lah, salah Puan sebab Puan mengandung."

"Aku nak gurau je pun, dia boleh menangis betul betul pula." Gumam Doktor Yusof perlahan.

Kiara dengan laju memandang doktor itu, "Apa doktor cakap ni? Betul ke, saya m-mengandung?"

Doktor itu angguk, "Anda telah diprank!"

Terkebil kebil Adrian dan Kiara dibuatnya.

"Congratulations, kandungan Puan dah nak masuk tiga minggu."

Adrian memandang Kiara, Kiara memandang Adrian.

"Kita mengandung!!!!" Terus Adrian memeluk Kiara.

"Yay yay yay yay order dah sampaiiii!!!!!" Kiara dengan laju memeluk Adrian dengan lebih erat, senyumannya sehingga ke telinga.

Kiara bangun dan pergi ke arah doktor Yusof, bahu doktor itu digoncangkan, "Thank you doktor! Minta maaf sebab marah tadi!"

Kemudian dia pandang Adrian, "Jom balik!"

"K-Kie, lepas dulu doktor, anak orang tu..." Kata Adrian risau.

Kiara sengih, "Oh ya." Dia melepaskan pegangan dibahu, "Thanks doktor Ucop! Bye!"

Adrian Kiara: Her Guardian Angel Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang