13

56.5K 3.4K 359
                                        

"Kau asal? Pandang aku tak habis-habis. Rimas lah." Adrian yang duduk dihadapannya mula bersuara. Nia tiada, dia pergi ke tandas.

"Sejak bila? Perasan." Balas Kiara balik. Sejak lima tahun yang lepas, kalau bercakap mereka berdua ni, asyik ada sahaja benda yang tak kena.

Adrian menjelingnya lalu dikeluarkan telefon pintarnya.

"Nia tak tahu ke yang you pergi office tadi?" Kiara pelik juga, tadi Nia kata yang Adrian sibuk kerana ada kerja tapi kalau Adrian sibuk, macam mana Adrian boleh ada tadi di pejabat? Siap jumpa dengan Farrel lagi.

"Tahu."

"Habistu-"

"Kau yang tak bagitahu dia yang kau pergi office kan tadi?" Potong Adrian.

Fuh lain macam. Ada ilmu hitam ke apa dia ni. Mana dia tahu. "Mana you tahu?" Soal Kiara.

Adrian sambung bermain telefon, seperti biasa. Susah betul nak buka mulut.

"Eee you ni bisu eh? I tanya ni!"

Adrian hanya memandangnya sekilas dan kemudian dia bermain semula telefonnya.

Kiara menjelingnya. Saat mahu mengalihkan pandangan di tempat lain, Kiara terperasan kesan calar di leher Adrian. Tadi dia tak perasan pula. Masa di pejabat pun sama, tak nampak pun tadi.

"Rian, tu apa?"

"Apa?"

"Tu." Kiara bangun sedikit dan ingin menunjukkan kesan calar di leher Adrian.

"Jangan pegang." Pantas Adrian mencengkam tangannya.

Meremang bulu roma Kiara. Dengan suara garaunya, pandangan mata helangnya, wajah bekunya. Takut.

"Lepas."

Adrian melepaskan genggaman tangannya. Kiara terus bangkit dari situ.

"Nak pergi mana?"

Kiara tidak membalas, dia pantas bangun dan apa yang dia tahu, dia mahu pergi secepat yang mungkin.

Adrian hanya memerhati gerak-gerinya. Nia pula baru sampai. "Kau nak pergi mana? Aku dah sampai dah ni, jom kita makan."

"Tak nak. Aku nak balik." Kiara terus pergi dari situ selepas itu.

"Kie! Kiara!" Nia memanggilnya, pelik. Apa pula yang jadi. Tak kan lah mereka bergaduh. Melihat riak wajah Kiara sahaja sudah tahu. Mukanya seperti ingin menangis.

Nia terus memandang Adrian dan pergi ke arahnya. "You buat apa? Kenapa dengan Kie?"

"Tak tahu."

"Kenapa dia balik? You ada cakap apa-apa ke?"

"Tak tahu."

"Rian, I'm serious ni. You marah dia ke?" Tanya Nia tegas. Takkanlah tiba-tiba saja Kiara mahu pulang kalau tiada apa-apa terjadi.

"Mana ada I marah dia. Memang suara I macam ni. Sejak bila I marah dia."

Nia mengeluh kecil. "You jangan lah kasar-kasar dengan dia. Dia tak biasa."

"I tak kasar pun. I cakap je."

"You cakap apa?" Tanya Nia lagi.

"Dia nak pegang I, I pegang lah tangan dia."

"Pegang you?" Nia berkerut dahi.

"Dia perasan calar ni, and dia nak tunjukkan dekat I yang ada kesan calar dekat leher."

"Habistu? You pegang tangan dia kuat ke? You marah dia?" Soal Nia lagi. Macam lah dia tidak tahu perangai Adrian.

"I tak marah. I cakap je. Lepastu dia terus angkat bag then nak balik."

Adrian Kiara: Her Guardian Angel Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang