"Aku nak tanya sikit boleh?"
Farrel dan Nia yang berada di meja makan itu mengangkat muka memandang Kiara. "Tanya lah." Balas Nia.
"Tiga hari lepas, time tahlil tok abah, aku nampak ramai orang ada tattoo. Diaorang semua tu siapa? Kau kenal tak?"
"Ermm, kawan tok abah lah kot." Balas Farrel sambil memandang Nia. Takkan mereka mahu beritahu pula bahawa sesiapa yang mempunyai tattoo bulan sabit merupakan konco-konco Tauke. Takut yang trauma Kiara waktu dia kecil datang semula.
"Tapi kan...Tattoo tu semua macam aku pernah nampak...tapi...aku tak ingat dekat mana."
"Ala, mungkin dekat movie movie yang kau selalu tengok kot." Kata Nia pula.
Kiara hanya sekadar mengangguk dan kemudian Luqman menyapa dari belakang. "Korang semua siap-siap. Kejap lagi kita keluar."
"Pergi mana pa?"
"Balik rumah maktok, lagi sejam kita keluar." Balas Luqman dan kemudian dia terus naik ke tingkat atas.
Kiara pula selepas itu terus bangkit dari tempat duduk.
"Kie, kau nak pergi mana?"
"Atas." Balas Kiara dan terus naik ke atas. Sejak tok abah tiada, Kiara sudah tidak seperti dulu. Dia lebih banyak diam dan hanya bercakap bila perlu.
Kesemua keluarga Adam Kamil duduk dihadapan Encik Fairuz. Tetapi yang peliknya, mengapa Adrian perlu ada sekali dalam hal keluarga Adam?
Kiara hanya memandang Adrian sekilas, rasa menyampah pula. Urusan keluarga dia pun mahu masuk campur.
"Seperti yang semua turut maklum, saya memanggil semua berkumpul disini kerana mahu membincangkan tentang wasiat yang ditinggalkan oleh arwah Adam." Encik Fairuz memulakan perbincangan.
"Saya juga yang memanggil Encik Adrian ke sini atas kehendak arwah."
"Okay Fairuz, teruskan." Balas Luqman.
"Baiklah, saya akan bacakan wasiat yang ditinggalkan oleh arwah Adam."
Encik Fairuz membuka surat dan dia menarik nafas panjang sebelum mula membaca, dia pasti, apabila dia lafaz sahaja apa yang terkandung dalam wasiat ini, keadaan akan menjadi genting.
"Semua harta milik Adam Kamil akan diserahkan dan diberikan seratus peratus kepada Kiara Alanna binti Aariz Adam iaitu cucu kedua Adam Kamil."
Semua mata memandang Kiara, terkejut dengan apa yang baru diberitahu oleh Encik Fairuz.
Betul ke dengan apa yang baru sahaja mereka dengar? Semua harta jatuh ke atas Kiara?
Wasiat yang ditinggalkan oleh Tok Abah mengejutkan semua orang. Apa yang istimewa sangat tentang Kiara dimata tok abah sehingga semua harta jatuh ke tangannya?
Sampai macam ni sekali ke Tok Abah sayang Kiara? Fikir Farrel.
Kiara? Semuanya milik Kiara? Fikir Nia.
Jadi, inilah maksud uncle. Fikir Adrian apabila dia teringat kembali kata-kata arwah Adam kepadanya. "Aku tahu kau tak kan kahwin dengan Kiara, tapi aku harap sangat lepas sesuatu terjadi pada dia, kau akan berkahwin dengan dia."
Kiara pula sudah membutang mata. Apa yang tok abah fikirkan sehingga semua harta tok abah ingin dijatuhkan keatasnya?
"Apa?! Kiara?!" Soal Marina terkejut, marahnya terhadap Kiara semakin membuak-buak. Baru sahaja dia mahu bangun dan pergi ke arah Kiara namun Luqman menarik tangannya untuk duduk.
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romansa[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
