Harini dah termasuk hari kesepuluh Kiara sakit. Adrian masih lagi sabar, menunggu Kiara sihat dengan penuh harapan.
"Ini projek baru Lex dekat US."
Semua mengangguk kepala lalu melihat iPad di tangan masing masing.
Mereka semua sedang bermensyuarat di Cyrex.
Setelah habis mensyuarat, Adrian terus bangun dan berkemas.
"Balik dah?"
Adrian angguk kepala bagi menjawab persoalan Harraz.
"Jom lah lepak. Lagipun Kie kan okay je? Dia tu tak okay dengan kau je." Balas Zander selamba.
Yang lain sudah tahu tentang Kiara. Zayyan pula Adrian lepaskan dia, dia sedar kalau Adam Kamil tidak buat begitu, mungkin mereka akan terus menipu Kiara.
"Tak boleh, aku dah janji dengan dia nak balik makan sama sama. Aku gerak dulu." Terus saja Adrian melangkah keluar dari bilik mensyuarat.
"Hmmm..." Zander meletakkan satu tangannya di dagu.
"Ha apa lagi theory yang kau nak buat?" Pantas sahaja Hayyaz memandang Zander.
"Tak ada theory. Aku cuma kesiankan Dree."
Semua memandang Zander.
"Dia jaga Kie tapi sampai sekarang Kie tak nak bercakap dengan dia."
Semua angguk.
"Bukan Dree je, dengan kita pun sama." Sambung Rafael dengan terselit intonasi sedih.
"Nak buat macam mana? That's the consequences. 19 tahun Kiara tu kena tipu, memang patutlah dia layan semua macam tu." Bidas Harraz pula. Walaupun kata katanya menyakitkan hati, tapi semua yang dikatanya betul.
"Dia baru keluar kereta bos." Beritahu salah satu anak buahnya yang duduk di bahagian pemandu.
"Bagitahu aku bila dia dah keluar."
Kiara keluar dari kereta dan berjalan ke arah pintu masuk kawasan perkuburan.
Dia mengambil tempat duduk di bangku kecil yang telah tersedia setelah tiba di kubur arwah Humairah.
"Asalamualaikum mama." Batu nisan Humairah dipegang.
"Kiara datang ni." Dia senyum, "Sorry Kie dah lama tak datang. Kie tak berapa sihat lately ni."
"M-Mama..."
"Kie dah tahu semua."
Mata mula berkaca, "Macam mana mama terima daddy?"
"Kie dah cuba mama...tapi kenapa susah sangat?"
"Ma, patut ke Kie ziarah daddy juga?" Lalu pandangan mata dialihkan memandang kubur arwah Aariz.
"Kie rindu daddy..."
"Tapi...Tapi Kie marahkan daddy juga. Kie marahkan tok abah. Marahkan Rian."
"Diorang semua tipu Kie ma." Dia mengelap air matanya, "Tapi takpelah, Kie ada mama kan? Kie ada Mak Piah. Itu pun dah cukup."
"Buat sekarang ni, Kie taknak jumpa daddy dengan tok abah lagi. Tunggu lah nanti."
Sempat lah juga Kiara membacakan Yassin dan membersihkan sedikit kubur arwah mamanya sebelum berangkat pulang.
Kiara senyum, "Kie nak balik dah ni mama. Nanti Kie datang lagi, Asalamualaikum mama."
Kiara bangun perlahan lahan dan berjalan keluar dari kawasan tanah perkuburan itu.
Setibanya diluar, seseorang telah memberhentikan pergerakannya, "Kiara."
Kiara angkat muka memandang lelaki dihadapannya. Alangkah terkejutnya dia saat dia melihat lelaki di depannya sekarang.
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romance[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
