"Bos, in order for us nak kuasai semua perniagaan shark dengan Dree, kita kena bunuh Adrian. Kalau kita bunuh dia, Lex dah tak kuat and technically, Cyrex pun sama sebab sekarang Adrian yang pegang Lex dan Cyrex." Kata salah seorang anak buahnya.
Tauke yang duduk di atas kerusi itu mengangguk perlahan.
"Macam mana dengan anak tiger?" Soal anak buahnya yang lagi satu. "Kita perlu bunuh dia juga ke?"
"Tak..." Tauke geleng perlahan, "Tapi kita akan gunakan dia untuk umpan Adrian. Apa yang aku tahu, Kiara akan bawa kita ke Adrian. Kita perlukan dia jadi aku nak korang semua perhatikan setiap langkah perempuan tu. Faham?"
Setelah habis bermensyuarat, dua orang lelaki berbadan tegap yang juga lebih kurang sebaya dengannya masuk ke dalam bilik pejabatnya.
"Tailong, Dragon. Kau buat apa dekat sini?"
"Tauke, tauke, tauke." Dragon mengeleng kepala, "Busy nampak? Dah lama tak tengok kau turun."
Tailong dan Dragon duduk di kerusi hadapannya.
"Bincang apa dengan budak budak kau? Bunyi serious je." Kata Tailong pula.
"Tak ada apa, bincang benda biasa je." Bohong Tauke, "Ha ni, asal datang?"
"Saja." Balas Tailong sepatah.
Tauke angguk dan kemudian pandangan dialihkan memandang Dragon yang duduk disebelah Tailong, "Kau kenapa?"
Dragon bersandar di kerusi, "Aku just terfikir pasal...Dree."
"Apahal dengan budak tu?" Tanya Tailong.
"Budak budak aku dengar berita yang dia dah kahwin dengan babygirl tiger. Apa nama budak tu?"
"Ohh, anak tiger. Haah, aku pun dengar juga." Tailong mengiyakan.
"Dah lah, korang tak perlu lah sibuk hal dia. Dia tak kacau korang-"
Dragon ketawa, mematikan percakapan Tauke. "Kau tak perlu nak berlakon lah Tauke." Dragon tersengih jahat, "Kau ingat aku tak tahu yang selama ni kau berlakon baik je dengan white shark?"
Tailong yang berada di situ terkejut mendengar Dragon berkata demikian.
"Apa maksud kau hah?!" Tauke mengetap gigi geram.
"Kenapa? Salah?" Dragon ketawa jahat, "Selama ni kau berbaik dengan group white shark sebab kau nak backup jadi senanglah kalau ada masalah apa apa, shark boleh tolong kau."
Dragon menyambung, "And now that shark dah mati, kau buat buat baik pula dengan Dree memandangkan segala business Cyrex dia yang pegang jadi Dree bertambah kaya dan kuasa Dree paling besar dari kita semua."
Dragon senyum senget, "I wonder, bila kau nak tunjukkan diri kau yang sebenar." Dragon mendekatkan diri dengan meja, "Tunjukkan yang sebenarnya kau nak hapuskan Dree supaya kau boleh pegang business Cyrex dan Lex."
Bodoh! Tauke mencerlung Dragon tajam. Macam mana Dragon tahu semuanya?
Tailong tergelak kecil, "Lah, gua ingat lu memang kawan dengan shark." Tailong geleng kepala, "Shark kena tipu hidup hidup ma sama lu?"
"Apa benda korang merepek ni ha? Kalau takde benda nak cakap, baik balik!"
Dragon bangun, "Tak payah menyalak kuat sangat, telinga gua belum pekak lagi."
Dragon bergerak keluar dari situ.
Sebelum tangan memulas tombol pintu, dia sempat menoleh kebelakang, "Budak gua nampak budak budak kau ikut Kiara." Dia senyum sinis, "Lagi mahu pusing cerita ka?" Dragon gelak dan terus keluar dari bilik itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romance[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
