"Dah sepuluh minit korang masuk. Cepat lah siapa nak cakap dulu?" Tanya Farrel sambil memandang Adrian dan Kiara dihadapannya.
"Kie!"
"Tak, aku cakap dulu." Balas Adrian dan memandang dengan pandangan maut.
"Eh you pula, I lah! I yang datang dulu." Balas Kiara tidak mahu kalah.
"Kita datang sama-sama tadi, lupa dah ke?" Jawab Adrian mendatar.
"Ah tak ada nya! I dulu."
"Aku dulu."
"Ish suka hati you lah." Kiara mencebik dan berpeluk tubuh.
"Dah, keluar."
"Ha? Asal pula? You cakap je lah."
"Kau tak boleh dengar. Keluar."
Kiara memandang Farrel, "Rel! Tengok Rian ni."
Farrel memandang Adrian. Lama kemudian baru dia memandang Kiara semula. "Kau keluar dulu okay?" Kata Farrel lemah lembut.
"Ish! Fine. Aku balik je terus." Kiara terus bangun dari kerusi.
"Eh Kie kejap!" Farrel memanggilnya.
Kiara menoleh, "Apa?"
"Sini kejap." Farrel membuat tangan agar Kiara pergi ke arahnya semula.
Kiara menghela nafas, "Kau nak apa Rel?"
"Sini lah kejap." Panggil Farrel lagi.
"Ishhh." Kiara berjalan semula ke arah Farrel. "Apa?" Soalnya.
Farrel bangun dari tempat duduk, berdiri di hadapan Kiara. Adrian pula hanya lihat sahaja Farrel dan Kiara dihadapannya.
"Tolong aku. Tie ni tak betul."
"Seriously Farrel?" Adrian memandangnya tidak percaya, kening dinaikkan.
"Kau diam." Farrel memandang Adrian sekilas dan kemudian dia memandang wajah Kiara.
"Ah tak ada nya. Bye aku nak balik." Kiara terus berpaling.
"Kiara, please? Tolong lah, aku tak reti."
Kiara berdengus kecil. "Okay fine." Kiara meletakkan beg tangan jenama Balenciaga di atas meja kerja Farrel.
Kiara mendekatkan dirinya dan mula membetulkan tali leher Farrel. Farrel pula hanya melihat sahaja wajah sepupunya itu. Beza umur mereka hanyalah setahun.
"Eh Kie, kau boleh cepat sikit tak?" Pinta Adrian apabila dia mula berasa janggal. Sweet sweet pula depan dia.
Kiara memandang Adrian, dijelingnya sekali Adrian.
"Dah, aku balik dulu. Bye." Balas Kiara sambil melambaikan tangan ke arah Farrel.
"Thank you cousinku sayang." Balas Farrel riang sambil duduk semula ke atas kerusinya.
Semasa melintasi Adrian, Kiara memandangnya.
"Apa pandang-pandang?" Balas Adrian dengan pandangan tajam.
"Kenapa? Tak boleh pandang?" soal Kiara, kening diangkat.
"Pandang pun bising." Kiara menjeling Adrian sebelum matanya kembali pada Farrel semula.
"Bye Rel!"
"Bye Kie."
Tup
Pintu bilik ditutup.
"Korang ni dari dulu sama je. Jumpa je tak ngam." Farrel mengeleng kepala.
"Kau tu? Melebih pula tadi. Kau suka dia ke?" Tebak Adrian.
ANDA SEDANG MEMBACA
Adrian Kiara: Her Guardian Angel
Romans[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 1 ] Pandangannya yang dingin itu menyeramkan. Kata-kata yang dituturkan cukup tajam. Nampak sahaja bayang-bayangnya menghampiri, yang lain terus menjauhi. "Kau nak family kau terus benci kau atau kau kahwin dengan aku?"...
